awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz

Gempak
Gempak
13/07/2023
16:44 MYT
Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz
Majlis akad nikah disempurnakan oleh juru nikah, Ustaz Mohd Shukri Shafie dari Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota KL dan diwalikan oleh bapa Shikin, Ismail Embong. - Gambar Gempak
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 malam Khamis.
Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, 49, dan Shikin atau nama penuhnya, Siti Nur 'Ashikin Ismail, 40, diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Asiana Grand Hall, Setapak dengan mas kahwin RM200.
Majlis akad nikah disempurnakan oleh juru nikah, Ustaz Mohd Shukri Shafie dari Masjid Ibn Abbas, Taman Ibu Kota KL dan diwalikan oleh bapa Shikin, Ismail Embong.
Pihak pengantin perempuan menghantar lima dulang hantaran dan berbalas tiga dulang daripada pihak pengantin lelaki.
Terdahulu, Cat pernah berumah tangga dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020, namun bercerai, pada Januari lalu, tanpa cahaya mata.
Cat juga pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan berpisah pada April 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Sementara itu, Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan pada 5 Disember 2014, sebelum bercerai pada Jun 2016.
Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Arianna.
Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020, namun, berpisah selepas dua tahun.
Topic Berkaitan
#majlis akad nikah
#cahaya mata
#Rumah Tangga
#dulang hantaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan