awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Catat 2.2 juta pengguna berdaftar, Astro Go kini perkhidmatan penstriman video paling popular di Malaysia

Gempak
Gempak
12/06/2019
22:00 MYT
Catat 2.2 juta pengguna berdaftar, Astro Go kini perkhidmatan penstriman video paling popular di Malaysia
Aplikasi Astro Go mencatatkan sejumlah 2.2 juta pengguna berdaftar dengan purata waktu tontonan selama 149 minit seminggu.
Perkhidmatan penstriman Astro Go mendahului senarai perkhidmatan penstriman video berbayar paling popular di Malaysia.
Menurut kaji selidik Financial Times Confidential Research, aplikasi Astro Go mencatatkan sejumlah 2.2 juta pengguna berdaftar dengan purata waktu tontonan selama 149 minit seminggu.
Sepanjang kaji selidik tersebut dan Astro, sebuah jenama tempatan muncul sebagai pilihan popular sekali gus mengatasi Netflix, Google Play dan Unifi TV.
Untuk makluman Astro memiliki 77 peratus pegangan pasaran dalam siaran televisyen berbayar di Malaysia, dan perkhidmatan penstriman Astro, Astro Go boleh didapatkan oleh semua pelanggan Astro bagi membolehkan mereka mengakses kandungan berdasarkan langganan mereka.
Dengan Astro Go, pelanggan boleh membuka arkib On Demand yang menawarkan 48,000 judul termasuk judul kandungan semasa dari Hollywood, Korea, Jepun, China, Hong Kong, India, kandungan sukan premium, filem-filem blockbuster, program kanak-kanak dan program-program vernakular tempatan yang popular pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja menerusi peranti pilihan mereka.
Sebagai tambahan, pelanggan Movie Pack juga boleh mengakses kesemua 3,000 jam kandungan di HBO GO, yang membawakan kepada mereka kandungan HBO Original seperti Game of Thrones, Big Little Lies, Chernobyl dan The Handmaid Tale, selain blockbuster Holywood dan program kanak-kanak kegemaran.
Para pelanggan Astro boleh mengakses applikasi Astro Go yang boleh dimuat turun bagi peranti Android dan iOS, ataupun melayari www.astrogo.com.my
Topic Berkaitan
#Astro GO
#Financial Times Confidential Research
#kaji selidik
#On Demand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan