awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JLKN tambah baik sistem, pastikan isu kesesakan tidak berulang
KPKM teroka peluang pasaran baharu di AS
73 suspek jenayah penipuan warga Korea Selatan ditahan di Kemboja, dihantar pulang secara paksa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cereka khas Srikandi kerjasama RTM-DBP sempena Bulan Kebangsaan

Bernama
Bernama
31/05/2025
23:50 MYT
Cereka khas Srikandi kerjasama RTM-DBP sempena Bulan Kebangsaan
Wan Mohd Afzam berkata cereka Srikandi menceritakan tekad Siti Zubaidah sebagai seorang wanita tabah dalam menyelamatkan suaminya, Sultan Zainal Abidin daripada penculikan lanun meskipun sedang sarat mengandung. - Foto Facebook DBP
KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya menghasilkan cereka khas Srikandi untuk ditayangkan pada Ogos ini sempena sambutan Bulan Kebangsaan.
Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman berkata cereka khas yang diinspirasikan daripada karya agung klasik Syair Siti Zubaidah Perang China terbitan DBP dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berjaya menghasilkan sebuah naskah yang berkualiti.
"Selepas lebih enam bulan berhempas-pulas sejak Oktober tahun lepas, termasuk sebulan lebih penggambaran di beberapa lokasi di sekitar Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor, projek ini kini berada pada fasa akhir penerbitan. Cereka ini adalah cereka epik khas pertama RTM diterbitkan dalam skala mega serta menggunakan format filem dengan bantuan daripada pihak FINAS.
"Set penggambaran Srikandi turut mengetengahkan lokasi bersejarah dan keindahan alam semula jadi khususnya di Pahang seperti Jerantut, Kuala Tahan, Sungai Lembing, Kuantan dan Pulau Tioman," katanya pada sesi temu mesra cereka khas Srikandi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah DBP Dr Hazami Jahari, pengarah cereka Srikandi Wan Mohd Afzam Wan Daud serta sebahagian pelakon cereka terbabit.
Suhaimi berkata cereka berkenaan bukan sekadar hiburan, tetapi juga sebuah karya berilmu yang memanfaatkan teknologi moden untuk memberikan impak sinematik.
Beliau berkata naskhah berkenaan juga disasarkan untuk dipertandingkan di festival filem dan dipasarkan ke peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Wan Mohd Afzam berkata cereka menggabungkan unsur realiti dan fiksyen era praabad ke-16 itu mengetengahkan semangat perjuangan dan kebijaksanaan wanita Melayu melalui watak Siti Zubaidah.
"Cereka khas ini menceritakan tekad Siti Zubaidah sebagai seorang wanita tabah dalam menyelamatkan suaminya, Sultan Zainal Abidin daripada penculikan lanun meskipun sedang sarat mengandung.
"Drama ini kaya dengan seni budaya silat, tarian, syair dan bahasa Melayu klasik yang indah serta menggambarkan perjuangan emosi dan jati diri mempertahankan hak serta negara daripada tergadai," katanya.
Selain Farali Khan yang memegang watak utama sebagai Siti Zubaidah, cereka berkenaan turut dijayakan barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Fauziah Nawi, Fauziah Latiff, Luqman Hafidz, Catriona Ross, Che Kem dan Khatijah Tan yang akan ditayangkan pada 9 malam, 31 Ogos menerusi TV2 dan RTMKlik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Srikandi
#Bulan Kebangsaan
#DBP
#cereka khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami