awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
DUNIA
Puluhan penerbangan ke Bali dibatalkan susulan letusan Gunung Lewotobi
MALAYSIA
KKR perlu RM4 bilion setahun bagi kerja selenggara, naik taraf sepenuhnya jalan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ENTERTAINMENT

Chris Brown dan rakan rogol mangsa empat kali, paksa ambil kokain - Peguam

Agensi
Agensi
26/01/2019
21:51 MYT
Chris Brown dan rakan rogol mangsa empat kali, paksa ambil kokain - Peguam
Peguam Brown di Perancis, Raphael Chiche berkata pihaknya telah mengfailkan saman malu terhadap wanita terbabit atas dakwaan menipu.- Foto fail AP/Luca Bruno
Penyanyi popular R&B dari Amerika Syarikat, Chris Brown dan dua rakannya didakwa telah merogol seorang wanita di Paris, sebanyak empat kali sewaktu berlangsungnya sebuah majlis bergelumang dengan arak dan dadah.
Peguam wanita yang membuat tuduhan itu, Franck Serfati berkata anak guamnya itu juga telah dipaksa untuk mengambil dadah jenis kokain sebelum ditiduri oleh tiga lelaki di sebuah hotel di ibu kota Perancis itu.
Kata Serfati lagi, wanita terbabit ketika itu berada dalam tekanan psikologi apabila berlakunya ‘persetubuhan tanpa restu’ terbabit.
Mangsa ketika itu dikatakan telah dikunci bersama tiga lelaki gagah di dalam sebuah bilik berkunci menyebabkan tekanan memuncak. Bagaimanapun dia mengaku anak guamnya itu tidak diapa-apakan secara fizikal.
Selain Brown, dua lelaki terbabit didakwa adalah pengawal peribadi dan rakan kepada penyanyi itu.
Susulan laporan yang dibuat, polis telah menahan Brown dan beberapa orang lain pada Khamis lalu untuk diambil keterangan sebelum mereka dibebaskan. Bagaimanapun siasatan masih diteruskan.
Sehingga kini wanita warga Perancis berusia 23 tahun itu masih belum didedahkan identitinya.
Dalam laporannya, wanita itu mendakwa Brown dan rakan-rakannya telah mengajaknya ke sebuah kelab sebelum mereka ke sebuah hotel, lokasi dimana dia mendakwa dirogol.
Polis dalam siasatannya berkata pihaknya menemui kesan dadah di bilik terbabit.
Brown dalam reaksinya menerusi laman sosial Twitter berkata dakwaan itu adalah palsu dan bukan sifat peribadinya untuk melakukan perkara yang tidak bermoral itu.
Peguam Brown di Perancis, Raphael Chiche berkata pihaknya telah memfailkan saman malu terhadap wanita terbabit atas dakwaan menipu.
Brown dan rombongannya berada di Paris bagi menghadiri pertunjukan fesyen di Minggu Fesyen Paris.
Topic Berkaitan
#Chris Brown
#Dadah
#mangsa
#Paris
#peguam
#Perancis
#perkosa
#rogol
#saman
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami