Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter

Astro Awani
Ogos 30, 2020 04:59 MYT
Boseman, 43, meninggal dunia di Los Angeles akibat kanser usus. - Gambar Twitter@chadwickboseman
SEMALAM dunia dikejutkan dengan pemergian pelakon Hollywood yang popular dengan watak ‘Black Panther’, Chadwick Boseman.
Boseman, 43, meninggal dunia di Los Angeles akibat kanser usus.
Berita menyedihkan itu disahkan wakil kepada pelakon yang terkenal dengan ayat ‘Wakanda Forever’ itu, Nicki Fioravante, lapor AP.
BACA: 'Black Panther' Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser usus
Pada Sabtu pula, Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat ‘likes’ paling banyak dalam sejarah Twitter.
“Most liked Tweet ever.
“A tribute fit for a King,” ciap Twitter.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu sudahpun mendapat lebih enam juta ‘likes’ daripada warganet.

Most liked Tweet ever. A tribute fit for a King. #WakandaForever https://t.co/lpyzmnIVoP

— Twitter (@Twitter) August 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Boseman sebelum ini disahkan menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu.
BACA: Peminat zahir rasa sedih atas pemergian Chadwick Boseman
BACA: 'Rest in power, King' - Pemergian Chadwick Boseman ditangisi rakan artis
Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Berikut merupakan antara intipati ciapan terakhir daripada akaun twitter rasminya @chadwickboseman.

pic.twitter.com/aZ2JzDf5ai

— Chadwick Boseman (@chadwickboseman) August 29, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.
"Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwick menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari.
"Dari Marshall ke Da 5 Blood, August Wilson's Ma Rainey's Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakam ketika beliau bertarung dengan siri-siri pembedahan dan kemoterapi," menurut kenyataan itu lagi.
“Ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T'Challa dalam filem Black Panther,” ciapnya.
#2016 #Avengers #Black Panther #Boseman #Chadwick #filem #Hollywood #kanser kolon #kanser usus #laman sosial #Los Angeles #Marvel #meninggal dunia #Tweet #Twitter #Wakanda #Wakanda Forever