ENTERTAINMENT
Peminat zahir rasa sedih atas pemergian Chadwick Boseman

Rata-rata mereka mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang. - Foto file
PEMINAT pelakon terkenal Chadwick Boseman menzahirkan rasa sedih atas pemergiannya hari ini.
Rata-rata mereka mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mendiang.
Ini termasuk peminat rakyat Malaysia yang turut terasa kehilangan pelakon muda itu, lebih-lebih lagi apabila menaruh harapan untuk menyaksikan filem Black Panther melalui Marvel Cinematic Universe (MCU).
Bagi seorang pengikut akaun Twitter bernama nas@sykrhwhn, dia berasa sedih apabila mengetahui berita itu.
"Amat menyedihkan, orang tidak tahu pun dia (Boseman) hidap kanser," ciapnya menerusi ruangan komen saluran berita Astro AWANI pada Sabtu.
Selain itu, sorang lagi pengikut laman sosial itu, Kiu @UrbanZakapa01 berkata, tiada lagi 'Wakanda' selama-lamanya.
Boseman meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles, Amerika Syarikat akibat kanser usus.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami