PELAKON terkenal Chadwick Boseman, 43, dilapor meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat kanser usus.
Berita menyedihkan itu disahkan wakil kepada pelakon 'Black Panther' itu, Nicki Fioravante, lapor AP.
Boseman, 43, pernah melakonkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown sebelum mencapai kegemilangan melalui watak Black Panther melalui Marvel Cinematic Universe.
Boseman sebelum ini disahkan menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu.
Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Sementara itu, ahli keluarga Boseman mengesahkan perkara itu melalui akaun twitter rasminya @chadwickboseman.
"Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.
"Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwick menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari.
"Dari Marshall ke Da 5 Blood, August Wilson's Ma Rainey's Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakam ketika beliau bertarung dengan siri-siri pembedahan dan kemoterapi," menurut kenyataan itu lagi.
Keluarga Boseman berkata, ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T'Challa dalam filem Black Panther.
Agensi
Sat Aug 29 2020

Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir. (Foto: @ChadwickBoseman)

Kemampuan cermin mata pintar Android XR diperlihat secara rasmi
Google akan melancarkan cermin mata pintar Android XR dalam masa terdekat, dengan perkakasan dibangunkan oleh Samsung dan rakan jenama seperti Gentle Monster, Warby Parker, dan Kering Eyewear.

Sarawak dijangka muktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis
Sarawak dijangka memuktamadkan pengambilalihan MASwings menjelang 31 Dis tahun ini.

Kelab Thailand hantar pingat kejuaraan kepada tonggak JDT tanda penghargaan
Chonburi mengirim pingat kejuaraan liga kepada penyerang muda Johor Darul Ta'zim (JDT), Fergus Tierney, sebagai tanda penghargaan.

Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura
Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.
Wan Azizah yakin PKR mampu tawan Kelantan
Wan Azizah tegaskan potensi PKR menawan Kelantan bergantung pada semangat anak muda, integriti ahli, dan komitmen memperkukuh parti di peringkat akar umbi.

Edry KRU beli semula album sendiri
Edry KRU berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).
UK hentikan rundingan perdagangan, EU pertimbang langkah serupa keatas Israel
Ikuti ulasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), UUM, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban mengenai tindakan United Kingdom yang menhentikan seketika rundingan perdagangan bebas dengan Israel dan kenyataan Kesatuan Eropah (EU) yang mempertimbangkan tindakan sama.
Tun Ahmadshah pemimpin prihatin kepada rakyat & negeri - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang dipertua Negeri Sabah Kesembilan Tun Ahmadshah Abdullah yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta di kota kinabalu semalam.

LIMA'25: Malaysia perkukuh keselamatan maritim dengan teknologi pengawasan canggih
Malaysia akan meningkatkan pelaburan dalam teknologi pengawasan canggih bagi memperkukuh keselamatan maritim negara.

Agong berkenan berangkat ke LIMA'25
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA' 25) hari ini.

Wakanda Forever! Montaj khas Black Panther hadiah Disney buat Chadwick Boseman
Ia merupakan sebagai satu tanda penghormatan kepada Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser usus.

Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.

'Rest in power, King' - Pemergian Chadwick Boseman ditangisi rakan artis
Kematian Boseman diratapi komuniti kulit hitam yang menganggap beliau seorang legenda dalam memperjuangkan nasib golongan itu.

'Black Panther' Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser usus
Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir.

Apa selepas 'Avengers: Endgame'? Ini senarai filem Marvel seterusnya
Apakah filem yang perlu kita nantikan bagi Fasa Empat selepas Infinity Saga dan Thanos?

Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik
Black Panther, The Favourite, Bohemian Rhapsody, Green Book, Roma, A Star Is Born dan Vice dalam senarai Filem Terbaik.

Terlebih sendat, Serena Williams dilarang pakai seragam 'Black Panther'?
Jika diikutkan sebelum ini sudah heboh yang mengkritik penampilan terbaharu jaguh tenis dunia Serena Williams yang lagaknya seperti seorang wirawati.

Serena Williams harap jadi inspirasi kepada ibu di seluruh dunia
Williams buktikan usia dan status sebagai ibu bukan halangan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.

Cayalah! Hero Black Panther akui belajar Silat Harimau untuk aksi tempur
Filem Black Panther terbitan Marvel Studios punya kaitan dengan seni mempertahankan diri Nusantara iaitu silat.

Hebatnya penangan Black Panther, sampai Michelle Obama turut teruja
Menurut Michelle, filem arahan Ryan Coogler ini bukan sekadar hiburan tetapi mampu cetus inspirasi kepada setiap insan tanpa mengenal latar belakang.