SORAKAN peminat kumpulan popular Korea Selatan, WINNER pada Sabtu masih terngiang-ngiang di telinga.
Pastiya 4,500 Inner Circle (nama fandom WINNER) yang hadir ke “WINNER [CROSS] Tour in Kuala Lumpur” terpukau dengan persembahan oleh artis pujaan mereka.
Inner Circle berpeluang melepaskan rindu mereka apabila kumpulan berkenaan membuat kemunculan semula di konsert yang bertempat di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi.
Kali terakhir kumpulan yang dianggotai empat jejaka tampan iaitu Mino, Hoony, Jinu dan Yoon bertandang ke Malaysia ialah pada Oktober 2018, menerusi konsert “EVERYWHERE”.
Bagi memulakan konsert kedua mereka di Malaysia, WINNER mempersembahkan lagu yang berjudul “Everyday” dengan penuh bertenaga.
Ia diikuti lagu popular yang lain seperti “Love Me Love Me”, “Really Really” dan “Ah Yeah”.
Kuartet berkenaan juga mendendangkan lagu baharu daripada album mini mereka yang dikeluarkan pada Oktober lalu.
Antaranya, “SOSO”, “Dress Up”, “Don’t Be Shy” dan “OMG’ yang menerima sorakan gemuruh daripada Inner Circle.
Keempat-empat anggota kumpulan tersebut juga tampil dengan pentas solo masing-masing yang bukan sahaja memukau para penonton, malah juga membuktikan bakat mereka.
Bukan sahaja mampu tampil dengan persembahan yang penuh energetik, idola-idola Inner Circle tersebut juga berjaya mengekalkan vokal yang mantap.
Selain itu, mereka tentunya tidak melepaskan peluang untuk bertutur dan berkomunikasi dengan para peminat dalam Bahasa Malaysia.
Penyanyi rap, Hoony mencuit hati peminat yang hadir dengan bertanya dalam Bahasa Malaysia sama ada mereka sedang berseronok.
“Seronok tak hari ini? Lagu ini (Serenade) untuk semua sayang saya. Siapa sayang saya?” ujar anggota kumpulan tersebut sebelum disambut dengan jeritan dan gelak ketawa penonton yang hadir.
Sementara itu, peminat tempatan turut tampil dengan kejutan hari jadi awal buat ketua kumpulan WINNER iaitu Yoon yang menyambut kelahiran pada 21 Januari.
Tentunya, usaha peminat WINNER Malaysia tidak sia-sia!
Yoon sungguh gembira dengan kejutan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada peminatnya.
Yoon turut mendedahkan sebab beliau berkunjung ke Malaysia sehari sebelum ahli kumpulannya.
“Saya ke sini untuk bertemu dengan rakan saya. Beliau merupakan pengurus saya yang pertama.
“Saya berkenalan dengannya 10 tahun yang lalu dan beliau berada di sini sekarang.
“Saya sungguh bangga dengan diri saya kerana dapat menunjukkan pentas ini kepadanya 10 tahun kemudian. Anda yang jayakannya,” jelasnya semasa ‘ment’ (masa yang diperuntukkan untuk membolehkan penyanyi memperkenalkan diri, bercakap dengan peminat dan menutup konsert).
Sikap Yoon yang mengenang budi itu mendapat pujian dan sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir.
WINNER bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman, YG Entertainment bersama kumpulan Big Bang, BlackPink dan iKON.
Konsert yang dianjurkan iME Entertainment menyaksikan kumpulan tersebut mempersembahkan lebih 30 lagu yang menghiburkan hati peminat Malaysia.
Selepas Seoul, Taipei, Jakarta, Bangkok dan Malaysia, konsert WINNER [CROSS] Tour akan diteruskan ke Manila dan Singapura pula.
Isabelle Leong
Sun Jan 19 2020
Kali terakhir kumpulan yang dianggotai empat jejaka tampan iaitu Hoony, Jinu, Yoon dan Mino bertandang di Malaysia ialah menerusi konsert EVERYWHERE pada Oktober 2018. Astro AWANI/ISABELLE LEONG
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
#CROSSTourinKL: Persembahan mantap WINNER pukau peminat
Pastiya 4,500 Inner Circle (nama fandom WINNER) yang hadir ke "WINNER [CROSS] Tour in Kuala Lumpur" terpukau dengan persembahan oleh artis pujaan mereka.