DIMULAKAN dengan sebuah kalimah cinta yang manis namun penuh makna, video yang dimuat naik oleh artis ternama Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) bagi mengenang pemergian suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair merupakan sebuah terjemahan rasa.

Bunga mengungkapkan betapa dia tidak pernah tidak merindui lelaki yang pernah mendampinginya sebagai seorang suami.

Pemergian Ashraf pada usia 40 tahun pada Februari lalu seakan meragut sama kebahagiaan yang pernah dinikmati mereka berdua bersama-sama permata hati tunggal, Noah Sinclair.

Hampir sedekad pasangan itu menikmati musim-musim indah sebagai suami isteri, sebelum si suami dijemput oleh Yang Maha Esa.

Terjemahan rasa Bunga dalam video yang berjudul 'Dear Love' itu sejujurnya mampu membuatkan sesiapa sahaja menumpahkan air mata.

Dear Love’, merupakan manifestasi kerinduan tidak terbatas Bunga terhadap Ashraf.

Meskipun tahun ini merupakan sambutan Aidilfitri pertama buat Bunga tanpa suami di sisinya, segala tradisi pada musim perayaan masih kekal dan kasih sayang yang ditanam oleh Ashraf masih subur dalam kalangan keluarganya.

Lebih 100 hari Allahyarham Ashraf Sinclair meninggalkan isteri tercinta dan seorang cahaya mata, pemergian itu dilihat secara beransur-ansur mula diadaptasi oleh keluarga lebih-lebih lagi anak lelakinya, Noah.

Malah, suasana sambutan pada tahun ini dilihat lebih berharga apabila kedua-dua belah keluarga berkumpul dan saling berhubung walaupun berjauhan.

"Nikmati saat yang ada. Mencintai, memberikan kasih dengan orang yang dicintai kerana kita tahu, waktu sangatlah berharga..” itu luahan yang dititipkan oleh Bunga dalam pembukaan video itu.

Menerusi video yang berdurasi 11 minit 28 saat itu, Bunga memaparkan suasana sambutan Aidilfitri pertama tanpa Ashraf.

Lebih 100 hari Allahyarham Ashraf meninggalkan isteri tercinta dan seorang cahaya mata, pemergian itu dilihat secara beransur-ansur mula diadaptasi oleh keluarga lebih-lebih lagi anak lelakinya, Noah.

Kehidupannya kini dilihat lebih dikongsikan bersama keluarga, Bunga kini menjalani kehidupan normal baharu, yang mana dengan membacakan surah Yassin setiap malam buat Ashraf menjadi rutin setiap malam.

Bersama dengan keluarga, Bunga kini menjalani kehidupan normal baharu, yang mana dengan membacakan surah Yassin setiap malam buat Ashraf menjadi rutin setiap malam.

“Perayaan kali ini seperti biasanya aku mempersiapkan masakan lebaran, seperti saat kamu masih ada. I'm keeping the tradition to make it easier for Noah to slowly adapt to the new normal,” jelas Bunga dalam video istimewa itu.

Ada kalanya, Bunga dilihat tidak mampu menerima takdir atas pemergian Allahyarham suaminya yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Namun, atas sokongan dan bimbingan insan yang tersayang membuatkan penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu Cinta Sejati itu semakin tabah dan kuat.

Ada kalanya, Bunga dilihat tidak mampu menerima takdir atas pemergian Allahyarham suaminya yang meninggal dunia pada 18 Februari lalu.

Rata-rata peminat dan netizen yang membanjiri ruangan komen video YouTube itu memberikan kata-kata semangat buat penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu.

Tidak sampai sehari video berkenaan dimuat naik iaitu pada Sabtu (30 Mei), ia sudahpun mendapat jumlah tontonan hampir 800,000 dan lebih 12,000 komen.

Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu di Rumah Sakit MMC Kuningan akibat serangan jantung.

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Ashraf yang juga pelakon ternama dari Malaysia menikahi Bunga pada 8 November 2008.

Selepas bernikah, Ashraf berhijrah ke Jakarta dan membina kehidupan yang sungguh membahagiakan di samping isterinya.

Tidak hanya aktif berlakon, Ashraf juga seorang usahawan yang sangat berjaya dan memiliki beberapa cabang perniagaan di Indonesia.

BACA: Bunga Citra Lestari kehilangan kata-kata...

BACA: 'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari

BACA: "Hidup ini fragile" - Nasihat Ashraf Sinclair kepada Nash Idrus