Aktres Bollywood, Deepika Padukone baru muncul sebagai wajah sampul majalah berprestij Time yang mengiktirafnya sebagai Global Star.

Deepika berkongsi pelbagai hal dalam temubualnya, termasuk pandangan tentang mengekalkan ikatan perkahwinan.

Isteri aktor Ranveer Singh itu mengatakan, sejak berkahwin dia sentiasa ingat petua perkahwinan yang dipelajari dan dilihat menjadi amalan bukan sahaja ibu bapa tetapi orang lebih tua dalam keluarganya dan di sekelilingnya.

Kata Deepika, prinsip yang paling penting atau perlu menjadi nombor satu dalam mempertahankan perkahwinan adalah sikap sabar. 

“Saya rasa bukan hanya melihat ibu dan bapa saya mengamalkan sikap sabar, tapi inilah yang dipegang oleh banyak pasangan yang sudah berkahwin dari generasi ke generasi lainnya.

“Jadi bukan hanya saya dan Ranveer, tapi saya harap pasangan muda sekarang juga perlu mengamalkan pegangan yang sama iaitu meletakkan sikap sabar sebagai kunci dalam perkahwinan,” katanya seperti dilaporkan Hindustantimes.com.

Pasangan selebriti popular itu telah berkahwin di Tasik Como, Itali pada tahun 2018. - Gempak