SUPERB! Itulah kata yang dapat menggambarkan persembahan artis Indonesia Afgan dalam konsertnya di Kuala Lumpur malam tadi.
Afgan Konsert Dekade Live in Kuala Lumpur dianjur bagi meraikan 10 tahun penglibatan Afgan (atau nama sebenarnya Afgansyah Reza) sebagai artis rakaman.
Konsert anjuran Nizra Production ini merupakan penghargaan buat peminat yang banyak menyokongnya sedari album pertama Confession No.1 hinggalah ke album terbaharu Dekade.
Bertempat di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sekitar 2,500 peminatnya dari Brunei, Indonesia, Singapura dan tentunya peminat tegar yang sedia menanti di Malaysia mula memenuhi ruang seawal 8.30 malam.
Konsert diserikan lagi dengan kehadiran Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.
Afgan memulakan persembahannya dengan lagu “Jalan Terus” yang sememangnya memukau penonton yang hadir.
Sekali sekala dia bijak menyelitkan kisah peribadinya secara bersahaja dalam nada gurauan dan disambut gelak tawa bersama penonton.
Figura itu nyata menghargai sambutan yang diberikan penonton dan pandai mengambil hati mereka sebagai tanda menghargai kehadiran mereka di dewan tersebut.
Menurut Afgan, konsert Dekade itu sebenarnya telah dirancang awal untuk diadakan di Indonesia namun terpaksa ditangguhkan apabila tarikhnya bertembung dengan temasya Sukan Asia.
Akhirnya, dia memutuskan konsert diadakan di Malaysia.
Walaupun sebelum ini harga tiket dikatakan agak mahal mencecah RM1,288, namun bagi sekitar 2,500 peminat yang hadir malam tadi, 'pelaburan' itu nyata berbaloi apabila rata-rata mereka terhibur dengan 23 lagu dendangannya.
Malah khabarnya ada peminat yang sanggup berkorban dua bulan wang gaji sebagai pekerja kilang semata-mata untuk membeli tiket VIP persembahannya.
Prestij persembahannya memang tidak dapat dipertikaikan -- baik daripada segi vokal, muzik, sistem audio yang hebat sehinggalah kepada penataan cahaya dan penari latar -- ia adunan lengkap untuk menjadikannya sebuah persembahan yang hebat.
Secara keseluruhannya, konsert Dekade malam tadi berjaya meletakkan Afgan sebagai penghibur yang mempunyai kelas tersendiri dalam dunia hiburan di rantau ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sun Nov 04 2018
Afgan Konsert Dekade Live in Kuala Lumpur dianjur bagi meraikan 10 tahun penglibatan Afgan (atau nama sebenarnya Afgansyah Reza) sebagai artis rakaman. -Astro AWANI
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Afgan anggap penyanyi hulur mikrofon kepada penonton bukan pemalas
Afgan tidak bersetuju dengan komen netizen yang menyatakan penyanyi yang menghulurkan mikrofon kepada peminat semasa konsert sebagai pemalas.
Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
Afgan kembali beraksi di Kuala Lumpur bersama Malaysian Philharmonic Orchestra
Afgan Live In Concert With Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) di Plenary Hall, KLCC akan diadakan pada 2 Disember 2023.
Peminat suka, tapi Afgan "benci" lagu Jodoh Pasti Bertemu
Afgan memberi tahu bahawa beliau tidak suka dengan lagu Jodoh Pasti Bertemu.
Dapat nasihat rakan, Afgan mengaku jumpa ahli psikiatri
Semasa pandemik berlangsung ia merupakan tahun yang amat sukar buat semua termasuk dirinya sendiri.
Afgan tak sabar nak bagi 'Panah Asmara' buat peminat Malaysia
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza mahukan konsertnya kali ini lebih santai dan mahu lebih dekat dengan peminatnya sepanjang konsert berlangsung
KJF 2022: Afgan gamatkan bandar raya Kuching, sentiasa intai ruang kolaborasi
Selain teruja berkongsi pentas dengan artis tempatan, Afgan turut melihat festival ini sebagai penyatuan bakat serta karya dari serata dunia.
Afgan bakal memeriahkan Dewan Plenari, KLCC Disember ini
Afgan bakal mengadakan konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, KLCC 17 Disember ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyanyi terkenal Afgan positif COVID-19
Afgan bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom kronik virus itu dan kini sedang jalani kuarantin kendiri di rumah.