awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cadangan penubuhan jawatankuasa khas anak muda di masjid akan diteliti - Zulkifli
Lima maut dalam kebakaran di selatan India
RM2.6 juta diperuntuk untuk 37 projek RT Progresif di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Dia dah minta maaf' - Sengketa Jamal Abdillah, Roslan Shah berakhir

Gempak
Gempak
01/10/2022
03:40 MYT
'Dia dah minta maaf' - Sengketa Jamal Abdillah, Roslan Shah berakhir
Jamal (kiri) menerima permohonan maaf yang dibuat oleh pengacara Roslan Shah (kanan) berhubung insiden perbalahan yang berlaku antara mereka baru-baru ini. - Gempak
PENYANYI legenda, Datuk Jamal Abdillah menerima permohonan maaf yang dibuat oleh pengacara Roslan Shah berhubung insiden ‘perbalahan’ yang berlaku antara mereka baru-baru ini.
Jelas Jamal, biarpun permohonan maaf itu bukanlah dibuat secara terus kepadanya, namun dia tetap menerimanya dengan hati yang terbuka dan enggan memanjangkan isu tersebut.
“Saya dengan Lan (Roslan) kawan dah lama. Saya dah bagi tahu waktu itu saya tak boleh nak ikut permintaan dia, tapi dia pujuk juga. Bila dah timbul isu begini rasa tak seronok.
“Bagaimanapun, Roslan dah minta maaf, tetapi bukan secara langsung pada saya, dia buat permohonan maaf itu kepada satu media lain. Saya terima dengan cara baik.
“Memohon maaf dan memaafkan adalah satu perkara yang baik. Dunia hiburan ini kecil je, buat apa nak gaduh-gaduhkan,” katanya.
Jamal ditemui pada sesi sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah bertempat di Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Khamis.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu menganggap isu berkenaan telahpun selesai dan dirinya hanya mahu memberikan fokus pada tawaran kerja nyanyian yang diterimanya.
"Saya anggap semuanya dah selesai, lebih baik fokus pada tawaran kerja nyanyian yang saya dah terima sekarang ni," tambahnya.
Terdahulu, perselisihan faham antara mereka berdua berlaku apabila Jamal didakwa menjadi punca Roslan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM33,000 susuluan ketidakhadiran penyanyi itu pada sebuah acara pameran ekspo yang berlangsung di Singapura, dua minggu lalu.
Bagaimanapun, difahamkan Roslan telah memohon maaf kepada Jamal sebelum dia berangkat mengerjakan ibadah umrah beberapa hari lalu.
Selain Jamal, Konsert Caggung Datuk Jamal Abdillah turut membariskan penyanyi tanah air seperti Amir Masdi, Amelina, Wany Hasrita, Aweera dan Khai Bahar.
Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 29 Oktober depan itu memilih Dewan 2020, Kangar, Perlis sebagai lokasinya.
Peminat boleh mendapatkan tiket pada harga bermula RM99 (Ghazal Untuk Rabiah), RM119 (Kepadamu Kekasih), RM299 (Seroja), RM499 (Kekasih Awal & Akhir) dan RM10,000 (VIP Box : 10 pax with Meet & Greet). -Gempak
Topic Berkaitan
#jamal abdillah
#Roslan Shah
#permohonan maaf
#Konsert Canggung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan