SELEPAS 48 jam berada di bawah pemantauan doktor, penyanyi Zamani dilaporkan sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan yang melengkung akibat penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan di Cheras pada Isnin lalu.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini, isteri kepada vokalis kumpulan Slam itu, Juliana Abd Rani melahirkan rasa syukur kerana proses pembedahan suami berjalan dengan selamat.
“Syukur Alhamdulillah berkat doa semua, Zamani sekarang sudah sedar dan berada di bawah pemantauan doktor di hospital. InsyaAllah dalam proses untuk dipindahkan ke wad biasa,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Juliana berkata buat waktu ini dia dan keluarga enggan menerima sebarang kunjungan daripada pihak luar kerana ingin memberi waktu kepada pelantun lagu Gerimis Mengundang itu mendapatkan rehat yang cukup. Malah, dia juga berharap semua pihak dapat memahami keadaan tersebut.
“Kami sekeluarga sangat menghargai keprihatinan semua yang mengambil berat dan bertanya khabar.
“Walau bagaimanapun kami memohon kerjasama dari semua pihak untuk memberi ruang kepada beliau dan keluarga diwaktu ini kerana Zamani masih berada di dalam keadaan lemah dan perlukan banyak rehat.
“Seperti mana yang semua sedia maklum pembedahan yang dijalankan adalah satu pembedahan yang besar maka untuk pulih dan kembali sihat pasti mengambil sedikit masa.
“Atas nasihat doktor Zamani perlu banyak berehat supaya rawatan dan pemulihan terhadap beliau berjalan dengan lancar.
“Kami memohon maaf kerana tidak dapat menerima sebarang tetamu untuk melawat Zamani buat masa ini. Diharap semua dapat memahami keadaan Zamani dan keluarga ketika ini,” tambahnya.
Terdahulu, Zamani telah dibawa masuk ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi Isnin dan prosedur pembedahan itu memakan masa hampir tujuh jam seperti yang dimaklumkan pakar perubatan.
Difahamkan juga, tempoh pemulihan Zamani akan mengambil masa antara dua hingga enam minggu. Malah, dia turut memerlukan tempoh selama tiga bulan untuk sembuh sepenuhnya sebelum boleh aktif menyanyi semula. -- Gempak
Gempak
Wed Nov 09 2022

Atas nasihat doktor Zamani perlu banyak berehat supaya rawatan dan pemulihan terhadap beliau berjalan dengan lancar. - Fail/Astro AWANI

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Tubuh Zamani tidak lagi 'melengkung', tulang belakang berjaya dibetulkan
Vokalis kumpulan Slam semakin sihat dan sudah dibenarkan keluar hospital.

"Dia sudah sedar..." - Isteri sahkan Zamani selamat jalani pembedahan tulang belakang
Penyanyi Zamani dilaporkan sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan yang melengkung akibat penyakit scoliosis.

'Maruah saya tercalar..' - Isteri Zamani dakwa duit 'disonglap', penganjur konsert jelas isu sebenar
"Saya bukan nak panjangkan hal ini tetapi saya rasa maruah dah tercalar disebabkan kenyataan isterinya."

Pkharuddin dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu
Beliau sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Dasar dan Kurikulum) menggantikan Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid yang bersara wajib pada 29 Julai.

MBSA nafi Datuk Bandar Shah Alam ditahan SPRM
Datuk Zamani Ahmad Mansor hanya dipanggil untuk membantu siasatan oleh pihak SPRM pada Rabu.

Datuk Bandar Shah Alam sahkan SPRM serbu MBSA
Beliau memaklumkan tidak mempunyai sebarang maklumat tentang serbuan yang dibuat oleh pihak SPRM ke atas PBT terbabit.

"Harap boleh berdiri tegak semula.."- Zamani jalani pembedahan selepas konsert
Vokalis kumpulan Slam Zamani berharap dia dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan penyakit skoliosis.

Tiada tindakan kenyataan 'Zamani Ibrahim' di Facebook pada 2018 - Polis
Semakan mendapati kenyataan itu telah dimuat naik pada 11 Mei 2018 dan merupakan kenyataan persendirian pemilik akaun tersebut.

"Terima kasih rakyat Malaysia" - Aznil serah kutipan dana buat Zamani
Sebanyak RM100,000 yang dikumpul daripada orang ramai diharap bantu Zamani jalani rawatan sakit belakang.

Pak Nil kutip lebih RM100,000 biayai kos pembedahan Zamani Slam
Kutipan tersebut bertujuan membantu Zamani yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.