[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
HIBURAN

Dira Abu Zahar selar, Fathia balas!

Gempak 07/12/2017 | 05:47 MYT
Fathia berkata dia teguh dengan pendiriannya menyuarakan apa sahaja tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa. Instagram fatiyalatiff
PELAKON Dira Abu Zahar yang juga exco Puteri UMNO, menyelar Fathia Latiff dalam ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO, semalam (Rabu).
Dalam ucapannya Dira berkata, tidak perlu percaya pada dakyah yang dibawa oleh Fathia Latiff kerana pelakon tersebut tidak tahu apa-apa mengenai kerajaan.
“Kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri UMNO. Setakat pegang telefon, picit-picit...tulis, taip...tak payah.
“Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.
BACA: PAU2017: Fathia, perbaiki hidup dahulu sebelum kecam kerajaan - Dira
BACA: Terdesak sangat ke? Rizal Mansor tegur artis populariti merudum
Sementara itu, Fathia tidak berdiam diri selepas diselar Dira sebaliknya tampil mempertahankan diri.
Fathia telah memuat naik posting di akaun media sosial Twitternya dan memberitahu jika Dira mempunyai hak untuk bersuara, begitu juga dia.
Tulisnya lagi, dia teguh dengan pendiriannya menyuarakan apa sahaja tanpa rasa takut atau meminta pertolongan daripada sesiapa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Fathia telah memuat naik posting di Instagramnya berkaitan dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Posting tersebut telah mendapat reaksi Dr Mahathir yang kemudiannya membalas dan mengucapkan terima kasih kepada Fathia serta memuji keberanian pelakon tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.
#Dira Abu Zahar #Fathia Latiff #Mahathir Mohamad #penstriman langsung #Perhimpunan Agung UMNO #Twitter #UMNO