awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disney enggan sunting filem Beauty and the Beast, tarikh tayangan belum pasti

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/03/2017
04:00 MYT
Disney enggan sunting filem Beauty and the Beast, tarikh tayangan belum pasti
Beauty and the Beast sepatutnya mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis, 16 Mac. - AP/Disney
KONTROVERSI tayangan filem Beauty and the Beast berterusan apabila Walt Disney Co dilaporkan enggan membuat suntingan seperti yang diarahkan Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Portal berita Bloomberg melaporkan, Disney mengambil keputusan untuk menangguhkan tayangan itu ke satu tarikh yang belum ditetapkan, namun tidak akan membuat sebarang suntingan.
"Filem itu belum disunting dan tidak akan disunting untuk tayangan di Malaysia," itu kenyataan yang dibuat Disney kepada Bloomberg.
LPF sebelum ini memberi pelepasan untuk filem berkenaan ditayangkan di Malaysia dengan syarat babak yang membabitkan watak lelaki gay, Le Fou (lakonan Josh Gad), disunting.
Babak tersebut dianggarkan berdurasi kira-kira empat minit.
Filem itu juga diarahkan meletakkan rating P13, di mana penonton di bawah usia 13 tahun perlu ditemani orang dewasa.
BACA: Tayangan filem 'Beauty and the Beast' di Malaysia ditangguh
Menurut Pengerusi LPF Datuk Abdul Halim Abdul Hamid, filem tersebut boleh ditayangkan pada bila-bila masa selepas suntingan dibuat.
Pengusaha pawagam utama seperti TGV Cinemas dan Golden Screen Cinemas setakat ini masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai tarikh tayangan baharu bagi filem tersebut.
Filem Beauty and the Beast dibarisi pelakon ternama antaranya Emma Watson, Ewan McGregor, Gugu Mbatha-Raw, Ian McKellen dan Stanley Tucci.
Ia sepatutnya mula ditayangkan di Malaysia pada Khamis, 16 Mac.
Topic Berkaitan
#Beauty and the Beast
#Emma Watson
#filem
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan