PENYANYI dan pelakon Korea Selatan, Rain, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan maklumat palsu mengenainya.
Agensi pengurusannya, Sublime Artist Agency (SAA) menyatakan mereka telah membuat semakan berkaitan maklumat dan khabar angin yang disifatkan sebagai cubaan memfitnah, menyerangnya secara peribadi dan berniat jahat.
“Kami telah menyemak beberapa kiriman dan komen yang menyebarkan maklumat palsu, memfitnah artis kami, menyerangnya secara peribadi dan menyebarkan khabar angin yang tidak sahih.
"Ada YouTuber yang membuat berita palsu demi mendapatkan tontonan, dan mereka menjadi punca berita palsu tersebar dengan meluas.
"Kami akan mengambil tindakan undang-undang. Tidak ada tolak ansur atau kerjasama," kata SAA dalam satu kenyataan.
April tahun lalu, sebuah video yang menggelarkan Rain 'kedekut' tersebar dan mendakwa Rain "tidak akan belanja makan rakan-rakan artis baharu dalam industri biarpun mempunyai aset lebih 80 juta KRW".
Pada 13 Januari, seorang bekas wartawan hiburan memuat naik sebuah video di YouTube dan mengesahkan telah mendapatkan kepastian mengenai dakwaan tersebut.
“Mereka yang bekerja dengan Rain rata-ratanya beranggapan dia seorang kedekut pada awalnya, namun ia tidak benar kerana dia sering memberi hadiah dan makanan kepada mereka. Mungkin ada sebab lain mengapa orang salah faham tentangnya," kata wartawan itu.
Agensi
Sun Jan 16 2022

Rain didakwa "tidak akan belanja makan rakan-rakan artis baharu dalam industri biarpun mempunyai aset lebih 80 juta KRW". - Foto/Instagram

Malaysia ambil tempat sebagai Naib Presiden WHA
Malaysia akan mengambil tempat sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) secara rasmi pada Ahad.

Krisis Palestin | Bukan hanya isu agama, tetapi isu kemanusiaan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, sudah bertahun lamanya rakyat Palestin dinafikan hak untuk duduk di tanah air sendiri dan usaha membebaskan mereka perlu diteruskan dari semasa ke semasa.

Sukan SEA Vietnam | Emas ke-39 dari Muay Thai
Turut membutirkan kilauan emas pada Ahad ialah atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib.

Selangor perlu lakukan pemeriksaan berkala untuk bendung pencemaran sisa plastik import - SAM
Selangor perlu memberi penekanan terhadap kepentingan mengadakan pemeriksaan dan penilaian berkala terhadap operasi semasa fasiliti memproses sisa plastik.

LRT Tergendala | Jawatankuasa khas ditubuh siasat punca kejadian
Satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang tergendala pada Jumaat lalu. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, jawatankuasa itu melibatkan agensi siasatan luar bagi mengenal pasti punca kejadian itu berlaku.

Nahas Pelajar USAS | Keputusan audit keselamatan treler diketahui minggu depan
Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kemalangan tragis yang meragut nyawa lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 12 Mei lalu, akan diketahui minggu depan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, siasatan masih lagi dijalankan bagi menentukan sama ada lori treler yang melanggar kumpulan pelajar berkenaan mematuhi segala peraturan ditetapkan.

Pembantu khas wakil rakyat maut basikal terbabas turun cerun
Seorang lelaki maut selepas basikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas di jalan raya berdekatan Jalan Simpang Pulai, di sini petang tadi.

Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri
Kementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengenai kenaikan kadar tambang.

Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal
Diherdik serta dipukul sehingga terjatuh, itu antara detik cemas yang dihadapi seorang warga emas dalam kejadian berhampiran jejantas di Padang Jawa di sini pada Ahad.

Anggota bomba selamatkan wanita cuba terjun jambatan terima penghargaan khas
Anggota terbabit menerima penghargaan khas sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2022 hari ini.

Aplikasi 'Rain Alarm' alternatif bantu pantau ramalan cuaca - Polis
Aplikasi itu juga memberi gambaran awal terhadap taburan hujan di sesuatu kawasan yang berkemungkinan boleh berlaku banjir.

Dituduh kedekut, Rain ambil tindakan undang-undang
Rain didakwa "tidak akan belanja makan rakan-rakan artis baharu dalam industri biarpun mempunyai aset lebih 80 juta KRW".

Ismail Izzani sampaikan sajak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia
Sempena hari kanak-kanak sedunia, duta remaja Unicef, Ismail Izzani menyampaikan sajak nukilan Lily Jamaludin yang bertajuk Rain Drops.

Sweet Child O' Mine video muzik era 80an cecah 1 bilion tontonan
Malah kumpulan muzik tersebut juga mengungguli platform 80 dan 90-an.

Boleh toreh getah waktu tengkujuh - LGM
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia berkata hanya sekitar 5 hingga 10 peratus pekebun kecil Malaysia menggunakan alat pelindung hujan.

Manjanya Kim Tae Hee dan Rain, macam orang baru bercinta
Gelagat pasangan selebriti popular Korea, Kim Tae Hee dan Rain menarik perhatian peminat ketika mereka bercuti di Jepun baru-baru ini.

Dustin Hoffman dituduh cabul artis bawah umur
Pelakon berusia 80 tahun itu dituduh melakukannya terhadap Anna Graham Hunter di set penggambaran 'Death of a Salesman' ketika mangsa berusia 17 tahun.

Isteri saya paling cantik ketika dia sedang makan - Rain
Penyanyi terkenal Korea, Rain akui isterinya, aktres Kim Tae Hee kelihatan paling cantik ketika sedang menjamu selera.

Cosplay kembali meriah di Malaysia
Walaupun sambutan terhadap Cosplay di Malaysia tidaklah semeriah di Jepun, namun ia tetap mempunyai penggemar di negara ini.

Ibu tiri Puteri Diana, Raine Spencer meninggal dunia
Countess Raine Spencer, ibu tiri kepada mendiang Puteri Wales, Diana telah meninggal dunia pada usia 87.