awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Doa Siti dan Datuk K

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
18/02/2017
14:19 MYT
Doa Siti dan Datuk K
Datuk Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa kini sedang bercuti di Palestin sejak 16 Februari lalu. Foto Instagram / @ctdk
BAHTERA perkahwinan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) dilayari penuh kebahagiaan sejak 21 Ogos 2006.
Umum mengetahui, Siti berehat sementara pada tahun 2015 untuk memberi fokus terhadap keluarga.
Bagaimana pun beliau kembali beraksi di gelanggang hiburan selepas beberapa bulan berehat daripada memenuhi undangan untuk menyanyi dan menemu ramah.
Bagi tahun 2017, Siti membuka tirai dengan harapan baharu.
Beliau bersama suami mengambil keputusan untuk melawat Palestin. Lebih bermakna apabila Siti turut diberi peluang untuk masuk ke dalam Masjid Al-Aqsa dan melihat sendiri Mihrab Zakaria.
Katanya, di sinilah Nabi Zakaria AS berdoa kepada Allah agar dikurniakan zuriat.
"Saya dan suami juga mengambil kesempataan untuk berdoa di sini. Semoga dimakbulkan, Amin," doa Siti menerusi kapsyen dalam sebuah video di Instagramnya.
Di dalam masjid utama Al Aqsa ,ada terletaknya Mihrab Zakariya ..Disinilah Nabi Zakariya berdoa kpd Allah SWT agar di kurniakan zuriat .. Saya & suami juga mengambil kesempatan berdoa di sini.. Semoga di makbulkan .. aamiin ya rabb.. #CtdiPalestine #MasjidAlAqsa #MauludNabi
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Feb 17, 2017 at 7:52pm PST
Penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah itu tiba di Palestin sejak Khamis lalu.
Sejak tiba di sana, Siti tidak lokek untuk berkongsi bersama pengalamannya di sana untuk 3.6 juta pengikut Instagramnnya.
Ramai request nak tgk bagaimana keadaan batu tergantung .. inilah keadaannya.. #CtdiPalestine #MasjidAlAqsa
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Feb 17, 2017 at 9:36am PST
keadaan batu tergantung dari atas #Domeofrock #MasjidAlAqsa #CtdiPalestine
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on
Feb 17, 2017 at 7:44pm PST
Perkongsian Siti itu sudah tentunya membuatkan peminat teruja dan memberi harapan kepada mereka untuk melawat Palestin pada satu hari nanti.
Ada juga peminat yang mendoakan agar urusan Siti dan keluarga dipermudahkan olehNya.
"InsyaAllah. Semoga dipermudahkan untuk Siti dikurniakan cahaya mata," kata pengguna Instagram @maz2785.
Begitu juga bagi pengguna Instagram @rinainaqi, yang mendoakan agar doa Siti dimakbulkan Tuhan: "InsyaAllah akan Allah SWT makbulkan pula doa untuk Siti dan Datuk K.
"Alhamdulillah, terima kasih Siti. Saya dapat melihat Masjid Al-Aqsa melalui rakaman ini," tambahnya di bahagian ruangan komen Instagram Siti.
@CTNurhaliza11 semoga Allah memakbul doa'mu wahai ctdk... Insya Allah..
— Jaycka Ima Melati (@myjaynorima) February 18, 2017
Menjejakkan kaki di Masjid Al-Aqsa di Palestin merupakan salah satu hasrat Siti sejak sekian lama.
Datuk Siti Nurhaliza - Mikraj Cinta
Topic Berkaitan
#Datuk Khalid Mohamad Jiwa
#Palestin
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan