Perceraian antara pelakon dan usahawan Fizo Omar dengan bekas isterinya Mawar Abdul Karim bukannya pengakhiran sebaliknya ia satu permulaan.
Demikian jelas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34 tahun, dalam perkongsiannya di akaun Instagram miliknya pada petang Rabu.
Menerusi kapsyen, Fizo berterima kasih kepada semua kawan media, netizen dan peminat yang mendoakan terbaik buat mereka berdua meskipun rumah tangga pasangan itu berakhir dengan perceraian hari ini.
BACA: Fizo, Mawar bercerai talak satu
"Apa yang berlaku antara saya dan Mawar ini adalah dgn izin-Nya. Setelah pelbagai usaha dilakukan, kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik. Sesiapa yang berumahtangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
"Tapi perancangan Allah untuk kita adalah yang terbaik, saya terima dengan takdir ini dan saya percaya Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positif dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdir-Nya." ujar Fizo.
Tambah pelakon itu, meskipun statusnya bersama bekas isteri telah berakhir namun ia bertukar kepada co-parent kepada zuriat mereka Wan Maryam Wan Hafizol.
Terdahulu, Fizo melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Dia membuat permohonan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 17 Jun 2019.
Dalam prosiding itu, Fizo tidak diwakili peguam syarie manakala Mawar diwakili peguam syarie Zulkifli Che Yong dan Syamimi Ab Rahman.
Fareez Azman
Wed Jul 10 2019
Fizo berterima kasih kepada semua yang mendoakan beliau dan Mawar meskipun sah bercerai talak satu pada rabu
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai
Menurut Fazley, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama.
'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah
Pelakon berusia 34 tahun itu berharap masalah rumah tangganya bersama Fazura dapat diselesaikan cara baik.
Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
Penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.
‘Alhamdulillah, tenang’ - Fazura tiba di mahkamah
Fazura diiringi empat pengawal peribadi menaiki kenderaan MPV berwarna hitam manakala pengawal peribadi menaiki kenderaan Range Rover.
Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega
Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
"Hanya Mahkamah Syariah boleh menentusahkan lafaz cerai paksa" - Peguam
Hakim Mahkamah Syariah juga akan tentukan sama ada lafaz talak berkenaan merupakan Lafaz Soreh atau Lafaz Kinayah.
Jatuh talak satu, Nora Ariffin sah bercerai
Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 51 diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin.
Rumah tangga Gwen Stefani bergolak?
Selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.
Isteri umum suami curang di papan iklan, netizen anggap gimik pemasaran
Tindakan sang isteri bernama Shin Yi itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.