HARI yang paling dinantikan sudah tiba. BTS Army bakal disajikan dengan pelancaran album baharu Map of the Soul: Persona jam 5 petang ini.
Awal minggu ini, Halsey yang terkenal dengan lagu Without Me, telah memberikan kejutan kepada peminat selepas membuat kemunculan di dalam video teaser BTS bagi lagu Boy With Luv.
Terbaharu, mini album keenam BTS itu juga membawakan hasil kolaborasi bersama penyanyi dan penulis lagu popular, Ed Sheeran, untuk lagu Make It Right, salah satu daripada tujuh lagu dalam album tersebut.
Gabungan itu sudah dapat dihidu peminat selepas BTS Suga memuat naik kenyataan di Twitter pada Disember lalu, menunjukkan teaser lagu yang sedang dihasilkan dan menujukannya kepada Sheeran sambil berkata, “This is for you.”
Menurut laporan portal Soompi, lagu Boy With Luv yang menampilkan Halsey itu, merupakan lagu berunsurkan pop dan funk, tentang kebahagiaan di alam cinta.
Rap Monster, yang dikenal sebagai RM, dari kumpulan BTS pula bakal memberikan penampilan solo untuk Intro: Persona. Ia juga akan menjadi pembuka untuk trek lagu Map of the Soul: Persona.
Untuk trek ketiga, Mikrokosmos adalah berkenaan ujian yang dialami manusia sebagai makhluk kerdil di alam semesta yang luas.
Lagu Make It Right, yang menampilkan Ed Sheeran, adalah mengenai kisah pemulihan dan perasaan cinta terhadap seseorang yang dipercayai sejak awal perkenalan.
"HOME" pula adalah mesej dari BTS yang menyatakan ketika keletihan dan kesepian, rumah merupakan tempat di mana mereka ingin kembali.
Antara penampilan menarik ialah "Jamais Vu," satu trek dengan ahli BTS J-Hope, Jin dan Jungkook, dan "Dionysus," yang dikatakan sebuah lagu hip-hop dengan rentak kuat.
BTS yang kini berada di New York akan membuat kemunculan untuk program "Saturday Night Live" pada 13 April dan akan dihoskan oleh Emma Stone dan Cecily Strong, yang turut teruja bagi menerima kehadiran kumpulan ikonik itu.
Faris Danial Razi
Fri Apr 12 2019

'Make It Right', satu kolaborasi bersama Ed Sheeran, dijangka memberi sentuhan besar buat peminat. Instagram @teddysphotos

Cetak Rompak | Rakaman di sebalik tabir mampu buka mata masyarakat
Impak aktiviti cetak rompak bukan hanya menjejaskan syarikat penyiar kandungan kreatif malah ia memberi kesan kepada semua pihak terutama bagi mereka yang terlibat secara langsung dalam pembikinan sesuatu kandungan. Namun saban hari, perkara ini bagai tiada penghujungnya, apabila masih ada yang memilih untuk menonton kandungan secara haram.

Warisan | Surat letak jawatan adun sebatik digunapakai
Parti Warisan Sabah (WARISAN) akan menghantar surat peletakan jawatan Hassan A. Gani Pangiran Amir kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, sebagai mengotakan ikrarnya untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN Sebatik jika melompat parti.

Perikatan Nasional | Dakwaan Muhyiddin sebagai puppet Tun M tidak benar
Dakwaan mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai puppet atau boneka kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menggerakkan agenda tersendiri adalah tidak benar sama sekali.

Perikatan Nasional | Kerajaan PN terus berfungsi walaupun mencabar
Kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mampu menguasai keseimbangan dari sudut politik, ekonomi dan sosial meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh setahun pentadbiran Perikatan Nasional. Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, meskipun berhadapan dalam keadaan sukar, perdana menteri tetap berupaya membawa kepada penyatuan parti politik.

Lelaki rentung kebakaran di perumahan setinggan
Seorang lelaki berusia 48 tahun maut dalam insiden melibatkan perkampungan setinggan di Taman Pandan Jaya pada Isnin malam.

10 Berita Pilihan - (01 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.

Consider This: Perikatan Nasional (Part 1) - How To Measure Success?
March 1st marks one year of Tan Sri Muhyiddin as the 8th Prime Minister of Malaysia, after the parliamentary coup that ousted the Pakatan Harapan government - infamously known as the ‘Sheraton Move’. In the past year, Malaysia has had to grapple with the triple-threat of health, political, and economic crises. How has the Perikatan Nasional government fared in its first year? Melisa Idris and Sharaad Kuttan speak to political scientist Wong Chin Huat.

PSR: Kerajaan Pulau Pinang lulus sagu hati RM500 untuk nelayan
Bayaran akan mula dibuat pada minggu ini bagi mereka yang telah mendaftarkan maklumat dengan Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN).

Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.

20,000 muat naik video BTS #OnChallenge selepas sejam dilancar
Ini merupakan kolaborasi pertama aplikasi itu bersama selebriti seperti BTS untuk pelancaran lagu.

Salah sebut info? BTS Army meradang, serang Alif Satar!
Lah, tu pun nak kecam?

Video muzik 'Boy With Luv' BTS cecah 500 juta tontonan!
Ini sekaligus menjadikan BTS sebagai selebriti Korea Selatan pertama dengan lebih daripada 500 juta tontonan di YouTube.

Lagu 'Lights' versi Jepun, jadikan BTS kekal bersinar
Lagu yang berjudul 'Lights' bukan sahaja menjadi trending di seluruh dunia, malah ia juga mempunyai mesej yang bermakna bagi BTS ARMY.

Peminat teruja Halsey buat kemunculan istimewa pada konsert jelajah BTS
Gabungan Halsey bersama kumpulan sensasi Korea, BTS menerusi lagu "Boy With Luv" sememangnya mengujakan peminat.

Demi ARMY, BTS tampil dengan versi alternatif 'Boy With Luv'
Ini sekali gus membuktikan bahawa BTS mempunyai hubungan yang rapat dan menghargai fandom mereka.

Selepas seminggu lancar album, ini rekod yang dicapai BTS
Selepas 11 hari melancarkan album baharu, kumpulan BTS telah melakar pelbagai sejarah baharu di dalam industri K-pop.

Kemunculan BTS di 'Saturday Night Live' lahirkan berduyun Army baharu
BTS bukan sahaja telah memukau BTS Army, malah penonton yang tidak pernah tahu kewujudan mereka turut rasa teruja dengan persembahan malam itu.

Ed Sheeran sah muncul dalam album BTS 'Map of the Soul: Persona'
Awal minggu ini, Halsey yang terkenal dengan lagu Without Me, telah memberikan kejutan kepada peminat selepas membuat kemunculan di dalam video teaser BTS bagi lagu Boy With Luv.