PENYANYI terkenal Ed Sheeran memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani proses isolasi.
Perkara itu diumumkan Sheeran di akaun Instagramnya sebentar tadi, lapor BBC.
"Hai kawan-kawan, dengan rasa dukacita dimaklumkan saya telah diuji positif COVID, jadi sekarang saya sedang mengasingkan diri dan mengikuti garis panduan kerajaan.
"Minta maaf kerana kecewakan anda, semoga anda semua selamat."
Walaupun sedang menjalani isolasi, beliau berkata akan terus memberikan wawancara dan persembahan yang dirancang dari rumah.
"Ini bermakna saya kini tidak dapat meneruskan apa jua komitmen secara peribadi, jadi saya akan lakukan seberapa banyak wawancara/persembahan yang dirancang yang boleh dibuat dari rumah," tulis Sheeran.
Minggu lalu, dia tampil di London untuk persembahan di hadapan Duke dan Duchess of Cambridge pada acara perdana Earthshot Prize.
Album terbaharunya berjudul "=" (equal) akan dilancarkan pada Jumaat.
Sheeran sepatutnya bersama dengan Zane Lowe dari Apple Music minggu depan dalam kempen promosi untuk memainkan lagu dari album dan berinteraksi dengan peminat.
Pada September, Sheeran berkongsi pentas dengan beberapa artis ternama termasuk Billie Eilish dan Stevie Wonder untuk konsert 24 jam dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim, ketidaksamaan vaksin dan kebuluran.
Astro Awani
Sun Oct 24 2021
Ed Sheeran memaklumkan dia dijangkiti COVID-19 dan sedang menjalani proses kuarantin. -Gambar fail/Reuters
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
"Badminton amat besar di Malaysia" - Ed Sheeran
Ed Sheeran bermain badminton dengan legenda beregu campuran negara, Chan Peng Soon.
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: Pastikan semua negeri dapat limpahan ekonomi - Fahmi
Katanya, Anwar juga menggesa agar semua cenderahati sempena penganjuran sidang kemuncak itu berkonsepkan kraf tangan Malaysia.
Mahkamah AS putuskan Ed Sheeran tidak ciplak lagu
Ed Sheeran sifatkan keputusan itu akan membantu melindungi proses kreatif untuk penulis lagu di AS dan seluruh dunia.
Ed Sheeran dituduh cetak rompak lagu Marvin Gaye
Sheeran menafikan dia telah meniru lirik lagu Gaye yang diterbitkan pada tahun 1973.
Album baharu 'ubat kemurungan', Ed Sheeran dedah isteri hidap tumor
Berkongsi detik sukar itu, Ed Sheeran berkata keadaan bertambah sukar apabila sahabatnya, Jamal Edwards meninggal dunia secara mengejut.
Ed Sheeran sekali lagi naik mahkamah, didakwa plagiat lagu
Ed Sheeran akan dibicarakan berhubung dakwaan memplagiat lagu hitnya, Thinking Out Loud daripada lagu Let's Get It On nyanyian Marvin Gaye.
Dapat anak perempuan lagi, Ed Sheeran umum kelahiran bayi keduanya
Ed Sheran berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Ed Sheeran menang kes pertikaian hak cipta lagu 'Shape of You'
Mahkamah Tinggi London memutuskan Ed Sheeran tidak menciplak lagu 'Oh Why' dendangan Sami Chokri.
Ed Sheeran temui peminat menerusi konsert dalam talian pada 13 November ini
Konsert ini membolehkan peminat merasai sendiri kekuatan unik muzik pop Sheeran selepas dia kembali dari berehat di musim pandemik COVID-19.
Ed Sheeran umum positif COVID-19
Walaupun sedang menjalani isolasi, beliau berkata akan terus memberikan wawancara dan persembahan yang dirancang dari rumah.