PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar bertudung menerusi sebuah posting terbaharu di laman Instagramnya.

Menerusi entri tersebut, penampilan terbaharu yang dikongsikan oleh Elizabeth atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, adalah sebagai memenuhi tuntutan wataknya sebagai Ain dalam drama terbaharu lakonannya.

"Assalamualaikum, nama saya Ain. @senafasrindu . #senafasrindu," tulisnya.

Assalamualaikum, nama saya Ain. @senafasrindu . #senafasrindu

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on


Rata-rata memuji kecantikannya dan tidak kurang juga ada yang mengusik Lizzy untuk dijadikan pasangan mereka.

"@khrulalfsyhr_@:Sesungguhnya ciptaan tuhan itu elok-elok semuanya.
Tetiba nampak masa depan. Comelnyaaaa."

"@syahmi.ynwa: Waalaikumsalam Ain nak pergi mana tu Ain? Jangan jauh sangat sebab Ain love with you. (I in love with you) cia cia cia."

"@zairihasim: Makkkk! Saya dah jumpa jodoh. Tetiba sahaja bergetar tulang rusuk abang dibuatnya."

"@firdaus_firrah: So beautiful, Semoga diberi hidayah macam abang @adamcorrielee."


Foto yang dimuat naik oleh Lizzy telah mendapat lebih 99,000 tanda suka, selain lebih 5,000 komen.