KUALA LUMPUR: Selepas 19 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri, pasangan pelakon ternama tanah air, Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar menokhtahkan ikatan rumah tangga mereka melalui perceraian.
Sekitar pukul 9.34 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, dalam suasana penuh sedih dan hiba Azri melafazkan talak satu pada Ellie.
Bercakap kepada Astro AWANI, Ellie secara jujur mengakui, perceraian itu diperoleh atas permintaannya.
Pada Ramadan lalu, aktres berjiwa besar itu nekad mengemukakan perceraian di mahkamah berkenaaan selepas empat tahun dia mengambil masa memikirkan semasak-masaknya.
“Bukan sehari dua keputusan ini saya ambil, sudah empat tahun. Keputusan ini bukan saya buat dalam keadaan marah, kecewa atau secara tergesa-gesa.
“Percayalah, sudah terlalu banyak hal yang saya fikirkan dan pertimbangan yang saya buat sebelum meminta Azri melepaskan saya,” kata Ellie dalam perbualan menerusi telefon sebaik selesai urusan perceraian dia dan Azri di mahkamah.
Dalam nada sangat tenang namun sesekali kedengaran sebak, Ellie, 52, memberitahu, sebelum perceraian difailkan, dia dan Azri sudah duduk berbincang secara matang untuk mencari kata sepakat.
Memahami bahawa dua cahaya mata mereka perlu mendapat perhatian dan kasih sayang tanpa berbelah bahagi, Ellie dan Azri sepakat, biarlah status mereka sebagai suami isteri sahaja digugurkan, namun, kedudukan sebagai ibu dan ayah akan kekal selamanya.
“Saya amat-amat menghormati Azri sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang ayah kepada anak-anak kami. Dia begitu matang mengendalikan kemelut rumah tangga kami dan Alhamdulillah, perceraian antara kami berlangsung dalam suasana yang sangat murni tanpa sebarang masalah.
“Janji kami, yang berpisah adalah kami berdua, namun, anak-anak akan terus mendapat perhatian dan kasih sayang. Kami sepakat anak-anak tidak boleh menjadi mangsa perceraian,” kata Ellie berkongsi kesepakatan yang dicapai dengan Azri, 54.
Perkahwinan yang dibina pada 2003 antara Ellie dan Azri menghadirkan mereka sepasang cahaya mata Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.
Saharudin Musthafa
Tue May 17 2022

Selepas 19 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri, Ellie Suriaty Omar dan Azri Iskandar menokhtahkan ikatan rumah tangga mereka melalui perceraian. - Gambar fail

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.