BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh pada Isnin disebabkan faktor keselamatan.
Perkara tersebut dijelaskan peguamnya, Mohamed Ibrahim Mohamad dalam satu video pendek di akaun Instagram Hidayah pada Rabu.
Jelas Ibrahim, anak guamnya itu telah menghubunginya sebaik Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan datang ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang dan membawa wang tunai berjumlah RM75,000.
“Puan Hidayah telah menghubungi saya untuk bertanya sama ada beliau boleh mengambil RM75,000 tersebut.
“Dari segi undang-undang tak ada masalah untuk Encik Ali membayar wang tersebut secara tunai tetapi saya mengambil kira pada waktu itu, apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan urusan itu dibuat secara siaran langsung.
“Jadi semua orang akan tahu bahawa pada malam tersebut akan ada sejumlah wang yang besar yang akan disimpan di rumah Puan Hidayah dan wang tersebut tidak boleh dimasukkan sehingga keesokan hari di dalam bank,” ujarnya.
Justeru atas faktor keselamatan, Ibrahim telah mencadangkan agar wang itu dihantar ke firma guaman atau dimasukkan ke dalam akaun bank.
“Jadi atas faktor-faktor keselamatan, kami nasihatkan Encik Ali supaya wang itu di bawa ke firma guaman atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank atau dibuat bank draf.
“Ini semua atas faktor keselamatan. Saya percaya puan Hidayah tidak ada niat apa pun untuk menolak kecuali mengambil kira faktor keselamatan,” jelasnya bersama Hidayah.
Semalam, Ali berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali bagi melunaskan bayaran berjumlah RM75,486.48 secara tunai kepada Hidayah seperti yang diperintahkan mahkamah.
Dalam kunjungan tersebut, Ali turut membacakan surat yang juga ditandatangani bersama kakak iparnya.
Bagaimanapun, urusan pembayaran hutang saman berkenaan masih belum selesai selepas pihak Hidayah mahu Ali melakukan transaksi tersebut melalui peguamnya.
Sebelum ini, Ali terpaksa menjual tujuh buah trofi yang pernah dimenanginya untuk mendapatkan wang bagi melangsaikan hutang tersebut.
Antara yang dijual termasuklah trofi program realiti Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna, sebuah motosikal jenis RXZ dan sebuah kereta Honda Accord.
Pada Mei 2020, Norhidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu dalam akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
Kes itu berpihak pada Hidayah dan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 Februari 2022 telah memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya untuk membayar RM60,000 kepada Hidayah.
Hidayah dan Abam melangsungkan perkahwinan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia empat tahun.
Allahyarham Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 selepas dua hari mengalami demam.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 21 2024

BALU Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali (kiri) bersama peguam, Mohamed Ibrahim Mohamad dalam satu video pendek di akaun Instagram Hidayah pada Rabu. - Foto Instagram

Industri kreatif mampu kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia, kata Duta Besar
Industri kreatif Malaysia, khususnya dalam bidang filem dan drama, berpotensi menjadi jambatan baharu dalam memperkukuh hubungan budaya dengan Indonesia.

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry
Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep "Informed Decision", iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh disebabkan faktor keselamatan.

Ali Puteh kecewa diperdaya jadi duta ayam, tidak mahu pihak lain jadi mangsa
Pelawak Ali Puteh memberitahu dia tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.

"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar
Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).

"Alhamdulillah, selesai urusan faraid" - balu Abam Bocey puas hati keputusan mahkamah
"Alhamdulillah, selesai urusan faraid,". Demikian reaksi balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali yang menzahirkan rasa puas hati dengan tuntutan faraid yang difailkan pada 15 Julai lalu.

Balu Allahyarham Abam mohon maaf, wakilkan abang untuk jawab WhatsApp
Semoga semuanya selesai.

Terasa sebak, genap seminggu Abam 'pergi'
Rumah arwah turut dipenuhi tetamu yang melawat isteri arwah, Siti Nurhidayah Md Ali, 28 dan ibu arwah, Sabariah Arshad, 63.

"Kalaulah Abam masih ada, tentu dia gembira" - Isteri hamil lagi, Ali Puteh sebak kenangkan arwah abang
Selang beberapa hari kehilangan abang tersayang, Ali Puteh menerima khabar isterinya hamil lagi.

'Malam MLM 2019, Abam peluk saya lama-lama, dia kata' - Ali Puteh
Itulah kenangan terakhir paling manis Ali bersama arwah abangnya...