awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Erra Fazira ucap tahniah atas pernikahan Engku Emran dan Bella

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
08/09/2017
14:12 MYT
Erra Fazira ucap tahniah atas pernikahan Engku Emran dan Bella
Ucapan Erra kepada Engku Emran dan Bella menerusi akaun Instagramnya.
Erra Fazira mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya, Engku Emran dan isteri, Laudya Cynthia Bella yang selamat diijab kabul dalam satu majlis pernikahan di sebuah hotel di ibu negara.
Melalui status terbaharu di Instagram miliknya, pelakon dan penyanyi popular tanah air itu turut mendoakan pasangan itu agar berbahagia dan hubungan mereka berkekalan.
"Alhamdulillahhhh.. Tahniah! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella di atas penyatuan cinta kalian. Moga berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah," kata Erra.
Malah, ujar Erra, penyatuan dua hati itu akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan.
"Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin," katanya.
Erra turut mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata, dan sekali gus memberikan adik kepada Aleesya.
"Kepada pasangan mempelai dan Bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah lagi comel!
"Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik. Kalian sentiasa dalam doaku," ujar Erra lagi.
Topic Berkaitan
#Engku Emran
#Erra Fazira
#Laudya Cynthia Bella
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan