FACEBOOK mengumumkan mereka akan menamatkan Facebook News pada April 2024.

Untuk makluman, Facebook News merupakan sebuah tab khusus yang disediakan Facebook pada platform sosial mereka di beberapa buah negara, yang mengetengahkan berita daripada sejumlah penerbit.

Apa pun, menurut Facebook, pengguna tidak hadir ke platform mereka untuk berita atau kandungan politik.

Penggunaan Facebook News sendiri jatuh 80% pada tahun 2023 lepas.

Di samping itu, mengikut data 2023 lepas, kandungan berbentuk berita adalah kurang daripada 3% jenis kandungan yang pengguna lihat pada Facebook Feed.

Selari dengan itu juga, Facebook menyatakan tidak akan meneruskan perjanjian dengan beberapa penerbit di Amerika Syarikat dan Australia, dan akan kekal bekerjasama dengan penerbit kandungan sehingga tempoh kerjasama tamat.

Gergasi media sosial berkenaan turut menekankan yang mana organisasi berita masih boleh menggunakan Facebook Pages seperti biasa dalam berkongsi kandungan mereka kepada para pengikut dengan mudah. -Amanz