FAIZAL Tahir melalui gerakan kemanusiaan beliau, iamFaithmen dan syarikat rakamannya, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine, sebuah acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia bersama dalam isu ini.

Acara amal ini akan menampilkan persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi beliau. 

Faith4Palestine dijadualkan berlangsung pada 12 November 2023 di Royale Chulan, Damansara dari jam 2 petang hingga 4 petang. 

Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan – Cinta Gaza Malaysia. 

Objektif utama Faith4Palestine adalah untuk mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana kita boleh membantu dalam tindakan secara kolektif. 

Acara ini bertujuan untuk menerangkan cabaran berterusan yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan memberi pencerahan langkah-langkah positif dalam membantu mereka di sana.

Tumpuan Utama:
Sesi Podcast: Faizal Tahir & Nadir Al-Nuri (Cinta Gaza Malaysia)
Lelongan Amal: Barang Peribadi Faizal Tahir
Persembahan Akustik: Faizal Tahir & Artis Jemputan

Kami menjemput masyarakat awam, perniagaan, persatuan serta badan-badan kerajaan untuk mengambil bahagian bersama Faith4Palestine dengan:

Hadir ke acara untuk menunjukkan sokongan dan solidariti.
Membeli tiket di laman web acara kami, www.ticket2u.com.my atau terus ke http://t2u.asia/e/33456 Meneroka peluang penajaan atau menyediakan sumbangan.

Faizal Tahir berkata, “Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan juga bidaan barangan peribadi saya. Faith4Palestine adalah satu usaha untuk membantu keluarga kita yang sekarang ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian. Semoga yang hadir dapat sesuatu yang berfaedah selepas mereka pulang ke rumah.

“Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita meyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti,” tambahnya lagi.