Penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir akan mengegarkan bandar Brighton, United Kingdom sempena Festival Malaysia Brighton 2015, Ahad ini.
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Assalamualaikum itu turut dijangka menampilkan lagu-lagu popularnya seperti Selamat Malam, Gemuruh dan Mahakarya Cinta.
Sementara itu , Pengerusi Kelab Umno Brighton Azad Ashraf selaku pengajur festival berkenaan berharap persembahan Faizal Tahir akan membuka mata masyarakat setempat dengan kehebatan muzik dan artis dari Malaysia.
"Seperti yang kita tahu Faizal Tahir merupakan antara penyanyi terkenal di Malaysia dan dengan kehadirannya dapat menarik minat warga Malaysia dan juga penduduk tempatan untuk hadir,"
"Single terbarunya, Assalamualaikum juga melambangkan kebelbagaian budaya dan kaum di Malaysia," katanya.
Festival yang julung-julung kali diadakan di Brighton itu juga diharap dapat memperkenalkan makanan Malaysia kepada masyarakat tempatan melalui gerai-gerai jualan yang akan dibuka.
Tambah pelajar tahun pertama jurusan Ekonomi dan Politik University of Sussex ini, festival ini turut melibatkan pelbagai program antaranya kesenian, kebudayaan, keusahawanan dan sukan.
Ia juga menjadi medan pertemuan warga Malaysia yang semakin ramai menetap di bandar selatan England itu.
Turut dijangka membuat kemunculan pada festival ini ialah pemenang Personaliti Online Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Faiz Dickie yang juga merupakan pelajar University of Sussex.
Brighton terletak 130 kilometer di selatan London dengan populasi penduduk seramai 163,000 orang.
Dianggarkan 300 rakyat Malaysia, kebanyakkan penuntut di University of Sussex dan University of Brighton menetap di bandar pinggir pantai itu.
Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Fri Apr 24 2015
Faizal Tahir akan mengegarkan bandar Brighton, United Kingdom sempena Festival Malaysia Brighton 2015, Ahad ini.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Olimpik Paris: 'Semangat Juara' nyanyian Faizal Tahir lagu rasmi kontinjen Malaysia
Lagu 'Semangat Juara' nyanyian penyanyi terkenal Malaysia, Faizal Tahir, menjadi lagu rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Faizal Tahir adakan showcase, lelong barang peribadi demi Faith4Palestine - "Ini bukan acara hiburan semata-mata"
Akan ditampilkan, persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi.
Faizal Tahir dedah pernah lalui fasa 'hanyut' dan diri 'rock star'
Komposer dan penyanyi berkata dia menghargai dan mengambil pelajaran dalam setiap sepak terajang yang pernah dilaluinya sepanjang bergelar artis tanah air.
Harga tiket konsert mahal, ini jawapan Faizal Tahir
Harga Tiket Konsert Mahal, Ini Jawapan Faizal Tahir - "Saya Pun Terkejut, Tapi Show Must Go On!"
Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun
Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.
'Nak murah panggil saya, jangan panggil Faizal Tahir' - Anas Tahir kecewa sering dimalukan
Anas mengaku berkecil hati apabila wujud pihak yang mempergunakan dirinya sebagai ganti kepada abangnya.
'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.
Faizal Tahir bersyukur dianugerahkan anak istimewa
Maryam Tahirah adalah anugerah terlalu istimewa buat dia dan seluruh keluarganya.
"Lambat sikit hari ini, children, I'm so sorry" - Cara komunikasi Faizal Tahir, anak-anak raih pujian netizen
Penyanyi Faizal Tahir mendapat perhatian netizen apabila berkongsi video di akaun Instagramnya yang memperlihatkan bagaimana dia berkomunikasi dengan anak-anak ketika dalam perjalanan ke sekolah.