awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fatin Afeefa tamatkan kontrak dengan jenama pro-Israel, fobia lihat bayi dibom

Media Hiburan
Media Hiburan
23/05/2024
11:33 MYT
Fatin Afeefa tamatkan kontrak dengan jenama pro-Israel, fobia lihat bayi dibom
FATIN AFEEFA: Saya mengalami keresahan sampai tak boleh tidur kerana melihat video-video bayi yang dibom. Jadi, suami nasihatkan saya untuk kurangkan menonton video tersebut. -Media Hiburan
PELAKON dan penyanyi, Fatin Afeefa memaklumkan dirinya telah pun menamatkan segala kontrak kerjasama dengan jenama-jenama yang menunjukkan sokongan terhadap kekejaman yang dilakukan pihak Israel.
Menurut Fatin, perkara ini juga merupakan antara faktor mengapa dia kini tidak lagi aktif di media sosial.
“Ketika ini, kempen boikot sedang rancak berjalan di media sosial. Jadi, saya memang mengelak untuk bekerjasama dengan jenama yang menyokong genosid.
“Kalau anda lihat platform media sosial saya, semua jenama-jenama tersebut sudah tiada lagi. Dahulu, saya akan bekerjasama dengan bermacam-macam jenama.
“Sebab itu ramai yang tanya kenapa saya tak aktif lagi di media sosial. Apa lagi yang saya nak buat?
“Saya dah hentikan kerjasama dengan mereka. Saya beritahu pengurusan yang saya tak nak buat lagi,” katanya kepada MH.
Meskipun mengetahui kesan yang bakal ditanggung kerana menamatkan kontrak, Fatin tetap percaya dengan rezeki yang telah diaturkan oleh Allah SWT.
“Kita ada budi bicara dan saya tak nak bermusuh dengan pihak-pihak yang menguruskan jenama tersebut.
"Tapi saya tahu kesannya. Nama saya akan disenaraihitamkan oleh jenama tersebut. Namun, saya tak kisah.
"Rezeki di bumi Allah ini luas. Kalau tak dapat daripada jenama ini, kita akan dapat rezeki lain.
“Saya tak takut pun fasal hilang pendapatan. Kata suami, kalau saya tiada duit, dia boleh bagi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon filem Tentang Bulan ini turut mendedahkan dirinya kerap diserang keresahan gara-gara mengikuti segala perkembangan yang berlaku di Palestin.
“Sebelum ini, saya memang aktif berkongsi mengenai Palestin di media sosial. Namun, sesuatu telah berlaku kepada saya.
“Saya mengalami keresahan sampai tak boleh tidur kerana melihat video-video bayi yang dibom. Jadi, suami nasihatkan saya untuk kurangkan menonton video tersebut.
“Kini saya perlahan-lahan kembali menggunakan pengaruh saya untuk menyebarkan kesedaran,” akhirinya. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Palestin
#video bayi dibom
#tamat kontrak
#pro-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan