awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
M7: SRG akhiri saingan di tempat ketiga
Salji dan hujan lebat ragut 61 nyawa di Afghanistan
Lima mayat ditemukan susulan motobot hilang di selatan Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Fattah, Amira Othman nikah 14 September

Faida Rahim
Faida Rahim
08/09/2025
09:01 MYT
Fattah, Amira Othman nikah 14 September
Fattah Amin menyerahkan simbolik kunci kepada Amira Othman sebelum pelakon berusia 35 tahun itu mengambil alih mikrofon untuk membuat pengumuman gembira itu. - Sumber foto IG Era
KUALA LUMPUR: Spekulasi hubungan pelakon popular, Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman akhirnya terjawab apabila pasangan itu mengesahkan ikatan mereka secara rasmi dalam satu majlis pelancaran single terbaharu pada Isnin.
Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin membuat kejutan istimewa ketika majlis pelancaran lagu baharu berjudul Rasa & Takdir nyanyian Amira dan adiknya, Irfan Haris.
Fattah muncul dari belakang pentas ketika Amira dan Irfan Haris mendendangkan lagu berkenaan, sebelum menyambung bait terakhir lagu itu dengan penuh emosi.
Lebih istimewa, pada penghujung persembahan, Irfan menyerahkan kunci kepada Fattah sebagai simbol penyerahan tanggungjawab seorang lelaki sebelum disampaikan kepada Amira, tanda restu sahabat baik terhadap perhubungan itu.
Irfan menyerahkan simbolik kunci kepada Fattah sebelum pelakon berusia 35 tahun itu mengambil alih mikrofon untuk membuat pengumuman gembira itu.
Selepas meluahkan hasratnya, Fattah menyerahkan kembali simbolik ‘kunci’ kepada Amira sebagai lambang ikatan yang baharu terjalin secara rasmi.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh ibu bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62 dan Nora Arshad, 58.
Acara penuh emosi itu turut disaksikan bapa Amira, Othman Abdul Kadir, 62, dan ibu, Nora Haji Arshad, 58, yang setia duduk di barisan penonton yang mana tetamu bersorak menyaksikan detik lamaran tersebut yang begitu mengejutkan.
Difahamkan, pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini di sebuah hotel di Johor Bahru, yang juga merupakan tarikh kelahiran Fattah.
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 namun berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Amira Othman
#perkahwinan kedua buat Fattah Amin
#bekas suami Fazura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan