Pengamal industri filem khususnya penerbit disaran menjalankan kaji selidik dan mengumpul data dari semua pawagam yang menayangkan filem Melayu berikutan sambutan luar biasa khalayak penonton.
Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (Semesta) Dr Mahadi J Murat dalam kenyataannya pada Isnin berkata data ini sangat penting digunakan sebagai bahan rujukan, perancangan dan sumber dalam kalangan penerbit untuk merencana aktiviti penerbitan mereka.
"Pihak yang perlu melakukannya ialah Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM) kerana PFM mempunyai kapasiti dan akses kepada penerbit, pihak pawagam, pengedar filem dan agensi-agensi berkaitan.
"Data yang lengkap juga dapat membantu persatuan menggunakan fakta yang kukuh untuk memperjuangkan matlamat mereka," katanya.
BACA: 'Hantu Kak Limah' terus pecah panggung, raih RM32.5 juta!
Mahadi berkata sambutan luar biasa terhadap filem Melayu di pawagam sekitar dua bulan kebelakangan ini menunjukkan penonton khususnya masyarakat Melayu telah mula menerima baik filem hasil karyawan tempatan.
"Ini sekali gus memperlihatkan sikap prejudis sesetengah pihak terhadap filem Melayu pada masa lalu mula terhakis," katanya.
Dalam pada itu, Semesta turut menyarankan PFM untuk menubuhkan bank data perfileman yang lengkap untuk menjadikan ia "institusi" yang penting sekiranya belum ditubuhkan.
Baru-baru ini, industri filem tempatan mencuri tumpuan penonton melalui beberapa filemnya yang mencipta sejarah kutipan tertinggi seperti Munafik 2 yang mencatat kutipan RM21.6 juta sepanjang empat hari ditayangkan manakala filem Hantu Kak Limah meraih RM32.5 juta kutipan dalam tempoh 18 hari ditayangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018

Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia (Semesta) Dr Mahadi J Murat berkata data ini sangat penting digunakan sebagai bahan rujukan, perancangan dan sumber dalam kalangan penerbit untuk merencana aktiviti penerbitan mereka. -Bernama

"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
![[TERKINI] Pakatan Harapan dalam kemelut - Reaksi Datuk Mahfuz Omar & Syazni Munir [TERKINI] Pakatan Harapan dalam kemelut - Reaksi Datuk Mahfuz Omar & Syazni Munir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892876/27199807731614495260540_640x360.jpg)
[TERKINI] Pakatan Harapan dalam kemelut - Reaksi Datuk Mahfuz Omar & Syazni Munir
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu.

Muhyiddin terima Akuan Bersumpah dua Ahli Parlimen pembangkang sokong PN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa beliau telah menerima Akuan Bersumpah (SD) dari dua Ahli Parlimen pembangkang.

AWANI Ringkas: Ketua PKR Sarawak letak jawatan | Anwar jangan lidah bercabang - Amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak [TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892875/27199807701614494147463_640x360.jpg)
[TERKINI] Larry Sng letak jawatan Ketua PKR Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Lompat parti: PKR langgar prinsip reformasi jika terima Adun Amanah - Penganalisis
Budaya lompat parti tidak selaras dengan prinsip reformasi, selain Anwar sendiri secara tegas pernah menolak budaya itu.

Kemelut politik parti pembangkang - Reaksi Penganalisis
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

2 MP PKR sah keluar parti, nyata sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Kemelut politik parti Amanah - Reaksi Mujahid Yusof
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Situasi politik PKR Sarawak, Larry Sng letak jawatan?
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Fenomena filem Melayu laku: Pengamal industri filem disaran jalankan kaji selidik
Pengamal industri filem khususnya penerbit disaran menjalankan kaji selidik dan mengumpul data dari semua pawagam yang menayangkan filem Melayu berikutan sambutan luar biasa khalayak penonton.