Kementerian Komunikasi dan Multimedia memutuskan penyertaan bagi Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian itu turut mewujudkan kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FMM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam.

BACA: Pengarah sinematografi Mohd Noor Kassim pulang semula dua trofi FFM miliknya

BACA: Tiada amalan pilih kasih dalam pencalonan FFM28 - Yusof Haslam

BACA: 'Pembahagian kategori mengikut bahasa bukan satu diskriminasi' - FDAM

"Kita sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama penggiat filem dan pada masa yang sama kita juga tidak mengabaikan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan," kata Salleh dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FMM 2016.

BACA: Saya hormat identiti kebangsaan saya - Afdlin Shauki

BACA: Bantu industri seni, bukan lempar kata-kata kosong - pensyarah pelawat UiTM

BACA: Apa saja filem yang lahir dari negara ini harus diterima sebagai filem Malaysia - Mahadi J Murat

Isu itu timbul berikutan keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia mewujudkan kategori filem dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam Bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada festival kali ini.

Filem 'Ola Bola' dan 'Jagat' yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan.