Filem Banduan menang besar di IFFA 2025, penerbit terima lebih banyak tawaran

Filem Banduan menang Filem Terbaik Antarabangsa di International Film Festival of Australia (IFFA) 2025. -Foto Gempak
PENERBIT Kalyana Devan tidak menyangka kemenangan besar yang diraih filem Banduan selepas dinobatkan sebagai Filem Terbaik Antarabangsa di International Film Festival of Australia (IFFA) 2025 pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Filem Banduan menang Filem Terbaik Antarabangsa di International Film Festival of Australia (IFFA) 2025, membangkitkan semangat penerbit Kalyana Devan untuk meneruskan usaha dalam industri filem tempatan menjelang tahun 2026.
- Kemenangan Banduan menimbulkan tekanan kepada Kalyana untuk menghasilkan karya seterusnya yang lebih baik bagi memenuhi jangkaan penonton serta memperluaskan pasaran antarabangsa.
- Industri perfileman Malaysia semakin mendapat perhatian dengan dorongan untuk lebih banyak karya tempatan menembusi pasaran global, dengan Kalyana menyatakan potensi kolaborasi dengan India pada tahun 2026.
“Saya rasa filem Malaysia semakin dikenali. Saya tak sabar untuk tahun 2026 untuk semua filem Malaysia.
“Semua usaha keras kami berbaloi bila ia diiktiraf. Ini betul-betul kerja berpasukan dan bila nampak hasilnya, kami sangat gembira,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Bagaimanapun, kejayaan Banduan turut memberi sedikit tekanan kepada Kalyana untuk memastikan karya seterusnya mampu memenuhi jangkaan penonton.
“Saya akui sedikit tertekan untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Selepas menang, ramai mula datang dan harapkan kami terus maju dan cuba benda baharu,” ujarnya.
Jelasnya, industri perfileman Malaysia kini semakin diberi perhatian, dan sudah tiba masanya lebih banyak karya tempatan menembusi pasaran antarabangsa.
“Saya rasa kita perlu tembus pasaran global kerana orang ramai mula memberi tumpuan pada filem Malaysia dan saya rasa kita perlu buat lebih banyak filem aksi dan seram,” tambahnya.
Dalam masa yang sama, Kalyana memaklumkan bahawa mereka belum merancang projek baharu buat masa ini namun sedang menilai beberapa potensi kerjasama dengan pihak luar, terutamanya dari India.
“Kami belum rancang projek baharu sekarang, tapi kami pertimbangkan kolaborasi pada 2026. Kemungkinan akan lebih banyak kolaborasi bersama negara India.
"Apabila selesai sahaja Banduan, baru kami gerak ke projek seterusnya,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kehadiran pelakon India terkenal, Karthi pada malam anugerah itu turut menarik perhatian ramai, dan Kalyana menjelaskan bahawa beliau hadir sebagai tanda sokongan terhadap filem adaptasi tersebut.
“Karthi ada bersama kami ketika anugerah itu sebab ini adalah adaptasi daripada Kaithi. Jadi dia hadir untuk tunjukkan sokongan.
“Adaptasi semula dalam industri India memang biasa, tapi di luar India sangat jarang, mungkin pertama atau kedua kali.
"Mereka nampak Banduan sebagai peluang baharu,” katanya lagi. -Gempak
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapakah penerbit Kalyana Devan teruja dengan kemenangan filem Banduan di International Film Festival of Australia (IFFA) 2025? A: Pengiktirafan filem Banduan sebagai Filem Terbaik Antarabangsa di IFFA 2025 membuktikan usaha keras pihak Kalyana Devan telah membuahkan hasil yang membanggakan.
- Q: Apakah kesan kejayaan Banduan terhadap industri perfileman Malaysia? A: Kejayaan Banduan memberi tekanan kepada Kalyana untuk menghasilkan karya seterusnya yang mampu memenuhi jangkaan penonton, sekaligus menarik lebih banyak perhatian dalam industri perfileman Malaysia.
- Q: Apakah rancangan Kalyana Devan bagi projek seterusnya selepas kejayaan Banduan? A: Kalyana Devan belum merancang projek baharu pada masa ini, namun mereka sedang menilai potensi kerjasama dengan pihak luar, terutamanya dari India, untuk dilaksanakan pada tahun 2026.
- Q: Mengapakah kehadiran pelakon India terkenal, Karthi, pada malam anugerah IFFA 2025 menarik perhatian? A: Karthi hadir sebagai tanda sokongan terhadap filem Banduan yang merupakan adaptasi daripada filem Kaithi, dan kehadiran beliau memberi peluang baru dalam industri perfileman Malaysia melalui adaptasi filem dari India.
- Q: Apakah pandangan Kalyana Devan mengenai keperluan industri perfileman Malaysia untuk menembusi pasaran global? A: Kalyana menyatakan keperluan industri perfileman Malaysia untuk menembusi pasaran global dengan menghasilkan lebih banyak filem aksi dan seram sebagai tindak balas terhadap peningkatan minat daripada penonton luar negara terhadap filem Malaysia.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

