Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Trump ‘tidak berpuas hati’ dengan cadangan baharu Tehran

Butiran cadangan tersebut tidak didedahkan kepada umum dan masih belum jelas sama ada ia memenuhi tuntutan yang ditetapkan oleh Washington. - Foto fail/REUTERS
Butiran cadangan tersebut tidak didedahkan kepada umum dan masih belum jelas sama ada ia memenuhi tuntutan yang ditetapkan oleh Washington. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata beliau tidak berpuas hati dengan cadangan baharu yang dikemukakan oleh Iran susulan usaha terkini bagi meredakan ketegangan antara kedua-dua negara.

Bercakap kepada wartawan, Trump mengesahkan bahawa komunikasi telah berlaku antara Washington dan Tehran namun menyifatkan perkembangan itu sebagai masih belum memuaskan.

“Kami baru sahaja mengadakan perbualan dengan Iran. Kita lihat apa yang akan berlaku, tetapi saya boleh katakan saya tidak gembira,” katanya.

Advertisement

Kenyataan itu dibuat ketika Iran dilaporkan mengemukakan satu cadangan baharu berkaitan rundingan dengan AS melalui pihak perantara, selepas konflik ketenteraan antara kedua-dua negara dihentikan menerusi gencatan senjata.

Butiran cadangan tersebut tidak didedahkan kepada umum dan masih belum jelas sama ada ia memenuhi tuntutan yang ditetapkan oleh Washington.

Advertisement

Trump sebelum ini menyatakan bahawa rundingan menjadi sukar, sebahagiannya disebabkan keadaan kepimpinan Iran yang didakwanya berada dalam keadaan tidak menentu selepas kehilangan beberapa pegawai kanan ketenteraan.

Walaupun gencatan senjata masih berkuat kuasa dan tiada pertukaran tembakan dilaporkan, kenyataan Trump menunjukkan jurang perbezaan antara kedua-dua pihak kekal ketara, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan usaha ke arah penyelesaian jangka panjang.

 

Must Watch Video

Advertisement