Kejayaan filem Hantu Kak Limah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama dalam mengangkat naskhah itu ke pentas teater muzikal.
Penolong pengarah teater muzikal tersebut, Saifullah Khaisas berkata, bagaimanapun jalan cerita antara kedua-dua naskhah adalah berbeza dan terpulang kepada para penonton untuk menilainya.
"Filem ada kelebihan tersendiri begitu juga teater. Cuma dalam teater muzikal ia memerlukan seseorang pelakon itu untuk berdialog, menyanyi dan menari secara langsung dihadapan penonton.
"Itu juga saya rasa antara cabaran utama yang terpaksa dipikul oleh para pelakon dalam menjayakan teater muzikal ini," katanya kepada pemberita pada Pratonton Teater Muzikal Kak Limah di Movie Animation Park Studio (MAPS), di Ipoh, malam tadi.
Teater muzikal yang diarahkan oleh pengarah filem Hantu Kak Limah, Mohammad Mohd Khalid atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid itu mula ditayangkan pada 24 hingga 31 Disember ini.
Teater yang berdurasi selama satu jam itu turut dibarisi beberapa artis terkenal seperti Hazama Azmi, Aziz M Osman, Zahid Tajuddin (Ropie Cecupak), Zulkifli Daud (Joey) dan Miera Leyana Kasmi.
Saifullah berkata, pihaknya berharap orang ramai terutama peminat filem HKL datang beramai-ramai menyaksikan pementasan teater muzikal berkenaan.
"Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan jalan cerita keseluruhan teater muzikal Hantu Kak Limah ini, datanglah ke MAPS dengan harga tiket sekitar RM90 seorang," katanya.
Menurut Hazama, teater muzikal yang dibintangi itu banyak menguji tahap keyakinan beliau selaku seorang pelakon.
Katanya, bagaimanapun beliau berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Mamat Khalid dalam menjayakan pementasan teater itu.
"Kalau ikutkan ini antara tugas yang paling saya gementar sebab kena buat live. Mungkin sebelum ini saya hanya naik pentas untuk menyanyi tetapi kali ini kena menari, menyanyi dan kena hafal skrip, itu antara cabaran utama yang saya hadapi," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAPS, Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor berkata, pihaknya berharap teater muzikal itu akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai sepanjang lapan hari ia ditayangkan.
Beliau berkata, peluang seumpama itu tidak seharusnya dilepaskan oleh orang ramai terutama penduduk warga Ipoh yang meminati pementasan teater muzikal.
"Selalunya kalau nak tengok teater kita kena ke Istana Budaya. Tapi untuk lapan hari ini kami bawakan ia ke MAPS untuk tatapan para penonton. Jadi, kami fikir peluang seumpama ini tidak harus dilepaskan terutama oleh warga Ipoh yang meminati teater," katanya. - Bernama
Bernama
Mon Dec 24 2018
KEJAYAAN Hantu Kak Limah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM36.2 juta menjadi faktor utama naskhah itu ke pentas teater muzikal.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Filem 'Abang Adik' wakili Malaysia di Anugerah Akademi ke-97
Pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) Finas.
Mega Fans Screening Filem Takluk: Lahad Datu
Filem ini bukan sahaja mengangkat kisah benar yang menyentuh hati, tetapi juga memperingati keberanian para wira yang mempertahankan tanah air.
Afdlin Shauki saran pengarah muda sertai komuniti PFM
PFM mampu menjadi wadah untuk menimba ilmu berkenaan kaedah yang tepat menghasilkan filem, daripada mereka yang lebih berpengalaman.
Perlu strategi tepat, karya yang betul untuk tembusi pasaran Indonesia - Erma Fatima
Erma percaya strategi yang mantap, selain karya yang betul dan berkualiti adalah kunci untuk menjayakan misi tersebut.
Usanita perkukuh kerjasama kreatif di Jakarta, tembusi pasaran serantau
Usanita Sdn Bhd berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.