FILEM Jepun meniupkan inspirasi dan memberi impak besar kepada industri perfileman Malaysia dan di Hollywood, menurut pelakon veteran dan pembikin filem, Hassan Muthalib.
Beliau berkata sejak dari era kegemilangan filem-filem yang dibintangi oleh seniman agung P. Ramlee hinggalah kepada filem epik Star Wars, filem dan pengarah filem Jepun banyak memberi inspirasi dan mendefinisikan semula pawagam.
Hassan berkata filem klasik Rashomon yang dihasilkan oleh pengeluar filem Jepun, Akira Kurosawa, misalnya telah mempengaruhi antara lain filem Semerah Padi arahan P. Ramlee sementara skrip Hidden Fortress dirujuk oleh George Lucas untuk menceritakan siri Star Wars.
"Ia semuanya mengenai pengkisahan cerita visual yang pawagam di Jepun sangat efektif," kata beliau dalam ucapannya pada perasmian Festival Filem Jepun 2018 di sini baru-baru ini.
Hassan, dikenali sebagai 'bapa animasi Malaysia' dan pencipta watak animasi Siri Sang Kancil juga menekankan bahawa filem Jepun boleh menembusi jauh kebanyakan negara dan unik kerana dapat melahirkan perasaan insan berbanding filem lain selain membangkitkan emosi di kalangan penonton tanpa memahami dialog.
"Filem Twilight Samurai arahan pengarah Jepun Yoji Yamada membuatkan penonton menitiskan air mata walaupun mereka tidak memahami dialog dan hanya membaca sarikata," katanya.
Hassan berkata filem yang meraih Anugerah Akademi itu telah dicalonkan sebagai filem bahasa asing terbaik pada 2004.
Dalam bidang filem animasi, animasi Jepun juga telah menakluki dunia.
"Gaya animasi Jepun yang menampilkan kepelbagaian bukan sahaja disukai oleh kanak-kanak tetapi juga orang dewasa," kata beliau.
Sementara itu, Lim Kah Wai, pengarah filem Malaysia yang berpusat di Jepun, berkata walaupun industri filem Jepun dikuasai oleh filem animasi yang semakin popular, masih terdapat pasaran bagi pemain yang mempunyai bajet yang kecil dan filem lain yang menjadi tarikan penonton.
Ketika ditemui Bernama, Lim bagaimanapun mengaku bahawa adalah sukar walaupun untuk 'pemain kecil' untuk melakukan promosi dan menarik perhatian penonton tanpa bajet yang besar memandangkan pasaran filem Jepun sangat kompetitif.
Filem arahan Lim iaitu New World dan Fly Me to Minami yang penggambarannya dilakukan di Jepun, memaparkan perbezaan budaya dan bahasa antara Jepun, China dan Korea.
Kedua-dua filem tersebut akan ditayangkan di Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih semasa Festival Filem Jepun 2018 yang berlangsung dari 6 Sept hingga 7 Okt.
Festival itu menampilkan 13 filem terbaharu yang akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara termasuk Kuching dan Kota Kinabalu bagi memberi kesempatan kepada penonton untuk memahami dan mendalami budaya dan masyarakat Jepun.
Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa dalam ucapannya yang dibacakan oleh Pengarah Perkhidmatan Penerangan Jepun, Kedutaan Jepun, Etsuko Kurihara, berkata filem berfungsi sebagai platform bagi pertukaran budaya demi meningkatkan lagi hubungan persahabatan dan persefahaman bersama antara Jepun dan Malaysia.
- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 07 2018

Filem klasik Rashomon yang dihasilkan oleh pengeluar filem Jepun, Akira Kurosawa, misalnya telah mempengaruhi antara lain filem Semerah Padi arahan P. Ramlee. - imdb.com

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
Ikuti ucaptama oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Hari Wanita 2021 | Ucaptama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Ikuti ucaptama oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun bersempena dengan pelancaran Hari Wanita 2021.

Pemerkasaan wanita perlu diperkemas - PM Muhyiddin
Tugas untuk memperkasa wanita perlu diperkemas memandangkan golongan berkenaan masih terbelenggu dengan beberapa isu meskipun pelbagai kejayaan telah dikecapi oleh wanita.

Pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR)
Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Sumber Manusia akan melihat kesesuaian pemerluasan kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) untuk sektor awam dan swasta dengan gaji penuh.

Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital
Insentif suntikan modal perniagaan MyKasih Kapital dalam bidang e-dagang atau dropship dengan modal maksimum sebanyak RM1000 kepada sekurang-kurangnya 2000 orang penerima yang berkelayakan.

Mesra pengguna, pensyarah muda cipta telekung khas untuk golongan OKU
Rekaan telekung yang terdapat di pasaran kebanyakannya tidak memenuhi keperluan pengguna kerusi roda dan tidak memenuhi sifat-sifat yang diperlukan dari segi praktikal, versatile dan keselesaan.

AWANI Ringkas: COVID-19 | Kes jangkitan dan kematian global meningkat

Niaga AWANI: Wanita dalam Sektor Kewangan, kepimpinan dan keterangkuman
Pada Julai 2020, laporan McKinsey Global Institute menjangka pekerja wanita lebih 1.8 kali terdedah kepada risiko dibuang kerja berbanding lelaki di tengah COVID-19. Dalam masa yang sama, wanita dilapor mewakili 39% pekerjaan global namun 54% dari segi jumlah dibuang pekerjaan akibat COVID-19. Sempena Hari Wanita Sedunia tahun ini, Wanita dalam Kepimpinan, Mencapai Masa Depan yang Saksama dalam Dunia COVID-19 diangkat sebagai tema. Kita ingin membincangkan kesan pandemik COVID-19 kepada wanita dan bagaimana wanita dalam kepimpinan sektor kewangan boleh mengurangkan jurang ini bersama, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong, UOB Malaysia Ng Wei Wei.

Niaga AWANI: Bon AS | Bagaimana jangkaan minggu ini dan kesannya kepada pasaran?
Bagaimanakah hasil Bon 10 Tahun Amerika Syarikat pada minggu ini dan apakah kesannya kepada pasaran? Bagaimana ini akan pengaruhi nilai Ringgit berbanding matawang Dolar Amerika Syarikat? Ikuti temubual Rizal Zulkapli bersama Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes.

AWANI Pagi: Bangkit wanita inspirasi buat semua
Sempena Hari Wanita Sedunia, khas buat wanita M40 dan B40, ikuti perkongsian mengenai program webinar, Bangkit Wanita yang dibawakan oleh Mingguan Wanita dalam AWANI Pagi. #AWANIpagi #HapusCOVID19 #AWANITA

Filem Jepun beri impak besar di Malaysia
Filem Jepun meniupkan inspirasi dan memberi impak besar kepada industri perfileman Malaysia dan di Hollywood, menurut pelakon veteran dan pembikin filem, Hassan Muthalib.

Kanser ragut nyawa pencipta animasi Chibi Maruko-Chan
Momoko Sakura dilaporkan meninggal dunia akibat kanser payudara.