KUALA LUMPUR: Daripada cerita realiti sejarah diangkat ke layar perak, filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan yang bakal ditayangkan di pawagan bermula esok (23 Jun), pastinya dinantikan seluruh lapisan masyarakat.
Bukan mudah menghasilkan filem sejarah yang berkesan untuk mengimbangi antara fakta, peristiwa sebenar dengan fiksyen, namun filem arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57, Mohd Syamsul Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Syamsul Yusof berjaya melakukannya sekali gus menjadi tanda aras baharu industri perfileman negara.
Apatah lagi dikatakan tidak ramai yang mampu menggalas cabaran itu kerana antara matlamat penghasilan filem adalah perniagaan selain bimbang filem berunsurkan sejarah yang menelan kos tinggi tidak mendapat pulangan setimpal.
Pengkaji filem, Bilal Jailani berpandangan, filem yang menelan belanja kira-kira RM8 juta itu mampu menaikkan rasa cinta kepada agama dan bangsa setanding filem dari Turkiye, Fetih 1453 pada 2012 kerana terdapat persamaan dari segi genre dan tema.
"Jika rakyat Turkiye berasa 'energised' (bertenaga) dengan filem Fetih 1453, filem Mat Kilau pula akan meniup rasa bangga dan patriotisme dalam diri penonton Malaysia. Banyak mutiara kata dalam dialog filem itu yang menusuk kalbu dan berunsurkan nasihat yang membakar jiwa walaupun ia adalah filem fiksyen.
"Tinggal lagi, jika filem Fetih 1453 mampu melahirkan siri drama sejarah yang berjaya, mampukah filem Mat Kilau melahirkan siri drama sejarah bangsa yang ditonton setiap minggu oleh masyarakat kita, sehingga hidup kembali jati diri dan cinta dalam sanubari setiap rakyat? Itu persoalannya," katanya kepada Bernama yang berpeluang menonton tayangan perdana filem itu baru-baru ini.
Penulis buku Nisah Haron pula berkata antara mesej yang jelas ingin disampaikan dalam filem Mat Kilau adalah mengenai kepimpinan berkualiti dan bertindak bukan dengan terburu-buru dalam melawan pihak musuh.
"Ia bukan soal ramai, tapi kualiti dalam bertindak, mengikut strategi dan sabar. Itu yang ditonjolkan oleh Mat Kilau (lakonan Datuk Adi Putra). Ia menjadi teladan kepada generasi muda hari ini yang sentiasa mahukan sesuatu perkara itu dengan kesan yang segera, tapi dalam melawan musuh, kesabaran dan mengikut ketua itu penting," katanya.
Penerima Hadiah Sasterawan Muda Mastera 2017 itu juga berpandangan penerbitan filem Mat Kilau sekurang-kurangnya memberikan sedikit dokumentasi masyarakat dahulu kala dan menggambarkan Mat Kilau adalah hero kepada agama, bangsa dan tanah air.
"Orang Melayu kita terutama generasi hari ini kekurangan hero, sebab itulah apabila misalnya cerita animasi seperti Ejen Ali dan filem fiksyen lain yang diterbitkan Marvel Studios sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan," katanya.
Nisah juga mengakui sejarah yang divisualkan mempunyai tarikan luar biasa kerana tidak ramai orang yang mempunyai imiginasi kuat untuk menggambarkan kejadian dahulu kala seperti susah payah pengorbanan orang terdahulu mempertahankan tanah air demi generasi hari ini.
Sementara itu, peminat sejarah Zakaria Rahim berkata, sebarang usaha pembuatan filem berinspirasikan sejarah harus disokong selagi ia tidak merosakkan cerita asal sejarah tersebut.
"Kini, kita dihidangkan sebuah filem yang memaparkan budaya Melayu, silat Melayu, perjuangan Melayu dan pendekar Melayu. Jika kita sokong filem begini, maka lebih ramai penerbit berani melabur dan lebih ramai pengarah berani turun tangan untuk menggarap filem berinspirasikan sejarah," katanya.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil pula mengakui, negara masih kekurangan filem kenegaraan seperti Mat Kilau dan berharap lebih ramai pengkarya dapat menterjemahkannya secara komersial dan menyesuaikan dengan peredaran masa sekarang agar ia 'segar' untuk memberikan pemahaman yang lebih mudah kepada generasi hari ini.
Dalam pada itu, penerbit Studio Kembara yang menerbitkan filem Mat Kilau, Abdul Rahman Dali berkata, penghasilan filem tersebut yang diinspirasikan daripada kisah benar bertujuan menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan dalam sejarah.
"Pemilihan watak Mat Kilau juga diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Bagaimana seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya dan bijak sanggup mempertahankan tanah air walaupun pada masa itu British adalah antara kuasa besar dunia.
"Nilai-nilai murni ini yang hendak diterjemahkan supaya generasi 'gajet' tidak leka dan lupa asal usul mereka untuk dijadikan contoh teladan yang baik," katanya dan menambah 60 peratus perjalanan cerita filem itu berkisarkan kisah benar dan tidak menolak kemungkinan akan ada lagi filem berunsur seperti itu sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Filem Mat Kilau dibarisi ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon dari seberang yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.
Sementara itu, dalam perkembangan sama, Abdul Rahman bersyukur kerana setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik.
Bahkan, kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.
“Saya ingin merakamkan rasa dan penghargaan terima kasih khas kepada pihak Finas kerana menyokong dan membantu menjayakan projek filem ini dari awal lagi sehingga akhir.
“Filem yang baik boleh menjadi medium membangunkan malah mampu mengharumkan nama negara. Studio Kembara bersedia bersama membantu mengangkat agenda nasional di masa akan datang dengan penghasilan produk-produk yang menambil nilai rakyat Malaysia,” kata beliau.
Bernama
Wed Jun 22 2022
Antara mesej yang terkandung dalam filem Mat Kilau ialah mengenai kepimpinan berkualiti dan bertindak bukan dengan terburu-buru dalam melawan pihak musuh.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' filem Malaysia paling banyak ditonton di Netflix
'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' muncul sebagai filem Malaysia yang paling banyak ditonton di saluran Netflix antara Januari hingga Jun 2023.
Filem Malaysia 'Imam' dan 'Mat Kilau' ditayang di Namibia
Filem-filem itu mempamerkan kualiti kepimpinan dan semangat juang menentang penindasan, serupa dengan perjuangan Palestin.
Filem Mat Kilau cetus fenomena silat di Pelangai
Di gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, dua calon sedang rancak 'berpencak' bagi meraih sokongan pengundi.
Bagai ada yang kurang di Jerantut.. Adakah benar 'kampung Mat Kilau' kurang promosi?
Penduduk sendiri tak pasti apa tarikan lain di kampung mereka. Kehangatan fenomena filem Mat Kilau juga makin pudar.
PRU15: Calon BN yakin menang 4-0 di Jerantut
Barisan Nasional (BN) yakin akan sapu bersih kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bajet 2023: RM50 juta dana perkasa filem kenegaraan
Industri perfileman negara diperuntukkan RM50 juta bagi penghasilan filem berunsur kenegaraan.
Mat Kilau ditayangkan di Netflix sempena Hari Malaysia
Mat Kilau akan disiarkan secara global pada 16 Sept, kecuali di Indonesia, di mana filem ini akan dilancarkan pada 14 Okt.
Malaysia #QuranHour 2022 ajak masyarakat hayati erti kemerdekaan - WUIF
Pelakon filem Mat Kilau pula Datuk Adi Putra diberikan penghormatan untuk membacakan ikrar untuk memerdekakan diri dari keburukan di jiwa.
Ramli sambut baik hasrat terbit filem sejarah Pasir Salak
Waris keturunan Datuk Sagor itu serah pada pengarah untuk olah jalan cerita filem sejarah negeri Perak.
Syamsul Yusof sambut baik cadangan Maya Karin mahu jadi Mahsuri
Selepas menjadi 'pontianak', Maya teringin pula memegang watak Mahsuri.