awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Filem Terbaik Dari Langit dominasi AIFFA 2015

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2015
09:42 MYT
Filem Terbaik Dari Langit dominasi AIFFA 2015
Terbaik Dari Langit dilihat menguasai lapan dari sembilan pencalonan di Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015).
Filem Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Nik Mustapha dilihat menguasai tujuh pencalonan akhir daripada sembilan kategori yang dipertandingkan di Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015 (AIFFA 2015).
Filem dari Filipina yang bertajuk Bendor memberikan saingan sengit apabila juga menerima tujuh pencalonan akhir.
Selain itu, filem KIL yang merupakan filem pertama arahan Nik Amir turut dicalonkan dalam dua kategori di AIFFA 2015 ini.
Manakala filem The Journey turut mendapat satu pencalonan menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik lakonan Lee Sai Peng.
Filem-filem tempatan tahun ini bakal bersaing dengan filem-filem Asean yang lain seperti Soekarno (Indonesia), Bendor (Philippines), Homostratus (Vietnam) dan banyak lagi.
Anugerah AIFFA 2015 merupakan anugerah yang diadakan setiap tahun bagi memberikan pengiktirafan buat pembikin filem di rantau Asia.
Sebanyak 22 filem Malaysia menghantar penyertaan di festival tersebut antaranya Tanda Putera, Vikingdom, KL Gangster 2 dan Rock Ooo.
Anugerah ini akan bersiaran secara langsung jam 9 malam ini di saluran TV2 dan juga turut disiarkan secara streaming di www.aiffa.com
Senarai calon AIFFA 2015:
Filem Terbaik Terbaik Dari Langit – Malaysia Homostratus – Vietnam Bendor – Philippines Cahaya Dari Timur – Indonesia Nuwebe (Termitaria) – Philippines
Pengarah Terbaik Nik Amir Nik Mustapha – Terbaik Dari Langit – Malaysia Siu Pham – Homostratus – Vietnam Ralston G Jover – Bendor – Philippines Carlo Obispo – Purok 7 – Philippines Joseph Laban – Nuwebe (Termitaria) – Philippines
Lakon Layar Terbaik Redza Minhat – Terbaik Dari Langit – Malaysia Ralston G Jover – Bendor – Philippines Wanggo Gallanga – Sonata – Philippines Nik Amir Nik Mustapha – KIL – Malaysia Ben Sihombing – Soekarno – Indonesia
Pelakon Lelaki Terbaik Ario Bayu – Soekarno – Indonesia Allen Dizon – The Coffin Maker – Philippines Chicco Jerikho – Cahaya Dari Timur – Indonesia Reza Minhat – Kil – Malaysia Bront Palarae – Terbaik Dari Langit – Malaysia
Pelakon Wanita Terbaik Cherie Gil – Sonata – Philippines Vivan Valez – Bendor – Philippines Prisia Nasution –Sokola Rimba – Indonesia Barbara Miguel – Nuwebe (Termitaria) – Philippines Krystle Valentino – Purok 7 – Philippines
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Nyungsang Bungo – Sokola Rimba – Indonesia Sok Sothun – The Last Reel – Cambodia Nico Antonio – Red – Philippines Lukman Sardi – Soekarno – Indonesia Lee Sai Peng – The Journey – Malaysia
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jajang C Noer – Cahaya Dari Timur Dy Saveth – The Last Reel – Cambodia Nadiya Nisa – Terbaik Dari Langit – Malaysia Nadiah Wahid – Yasmine – Brunei Anna Luna –Bendor -Philippines
Sinematografi Terbaik Gunnar Nimpuno – Sokola Rimba – Indonesia Dang Xuan Truong – Inseminator – Vietnam Jordan Chiam – Terbaik Dari Langit – Malaysia Bernard Dacanay – Red – Philippines Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines
Suntingan Terbaik Katie Flaxman – The Last Reel – Cambodia Thop Nazareno – Purok 7 – Philippines Rewan Ishak – Terbaik Dari Langit – Malaysia Julie Beziau – Homostratus – Vietnam Benjamin Tolentino – Bendor – Philippines
Topic Berkaitan
#AIFFA 2015
#Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015
#Terbaik Dari Langit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan