KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berhasrat menjalin kerjasama dengan pengarah filem dokumentari The Elephant Whisperers, Kartiki Gonsalves, bagi membawa industri penerbitan dokumentari tempatan ke peringkat antarabangsa.
Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata, kerjasama dengan Kartiki yang merupakan pemenang Oscar pada Academy Award ke-95 tahun lepas, akan membawa sinergi positif serta memberi impak kepada industri filem Malaysia.
Beliau berkata, pemahaman tentang proses dan jaringan perniagaan merupakan kunci dalam menghasilkan dokumentari terbaik secara keseluruhannya.
"Ilmu yang diperoleh daripada perjalanan penerbitan The Elephant Whisperers, semasa praproduksi hingga kempen Oscar, memberi inspirasi dan boleh membentuk masa depan penerbitan filem dokumentari di Malaysia.
"Perkongsian teraju utama dokumentari itu, pengarahnya Kartiki serta Krish Makhija selaku pengarah fotografi dan editornya Sanchari Molick Das, mampu menjadi panduan berharga kepada pembikin dokumentari tempatan, bagi merintis kejayaan ke peringkat antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan selepas majlis penutup Kelas Pakar (Masterclass) Dokumentari bersama Pemenang Oscar (Dokumentari Terbaik) di Auditorium MyIPO, di sini, pada Jumaat.
Azmir berkata, Kartiki dalam ceramahnya itu turut menasihati pembikin filem, agar sentiasa berusaha melahirkan filem yang boleh menarik semua golongan penonton seperti alam semula jadi dan kehidupan haiwan liar, walaupun projek seumpama itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.
Selain itu, Kartiki turut berkongsi pengalamannya yang mengambil masa enam tahun untuk menyiapkan The Elephant Whisperers serta menempuh pelbagai cabaran.
Program anjuran bersama FINAS dan Universal Zest Sdn Bhd mulai Isnin lepas, dihadiri 85 peserta daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam industri kreatif tempatan.
Turut memberi ceramah pada program itu ialah penerbit dokumentari tempatan, Ahmad Yazid, yang berpengalaman selama lebih 20 tahun dalam penerbitan dokumentari untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024

Azmir (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Kartiki Gonsalves selepas majlis penutup Kelas Pakar (Masterclass) Dokumentari bersama Pemenang Oscar (Dokumentari Terbaik), pada Jumaat. - Gambar Bernama

BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
Pendapatan tersebut meningkat 29 peratus berbanding tahun sebelumnya, melebihi unjuran Bloomberg sebanyak CN766 bilion.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Siasatan awal mendapati, penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat, dirempuh sebuah kereta dari belakang.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap UNHCR.

Turkiye penting untuk keselamatan Eropah, kata Erdogan
Erdogan menegaskan bahawa Eropah tidak boleh memastikan keselamatannya tanpa Turkiye.

Pesuruhjaya Perdagangan EU ke Washington untuk elak perang perdagangan
Sefcovic dijadualkan bertemu dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick, dan Wakil Perdagangan, Jamieson Greer.

Angola tarik diri sebagai pengantara konflik DR Congo - Presiden
Pengantara baharu akan dikenal pasti dalam beberapa hari akan datang, kata presiden Angola dalam satu kenyataan.

Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Setakat tahun lepas, seramai 700 orang wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah melakukan caruman dalam skim perlindungan sosial.

Singapura rampas e-vaporiser bernilai lebih AS$150,000
HSA dan ICA memaklumkan bahawa e-vaporiser tersebut dirampas dalam dua operasi berasingan.

MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di Routes Asia 2025
Syarikat itu mahu melibatkan diri dalam rangkaian yang berharga, mendapatkan pandangan mengenai trend pasaran terkini.

Pindaan Akta FINAS 1981 wajar - Fahmi
Pindaan ke atas Akta PFINAS 1981 dilihat wajar berikutan perubahan besar yang sedang berlaku dalam industri perfileman negara.

Penerbit disaran rujuk pihak berwajib sebelum terbit karya berunsur agama - FINAS
Ia bagi memastikan karya terbitan mereka bersesuaian dan tidak mencetuskan kontroversi.

Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Kementerian Komunikasi dan Finas berjaya membantu seniwati legenda Datuk Sarimah Ahmad mendapatkan semula empat filem beliau.

Pulau Pinang jadi destinasi perkahwinan, MICE masyarakat selatan India
Pulau Pinang pantas berkembang sebagai destinasi popular untuk perkahwinan serta penganjuran mesyuarat, insentif, MICE, menarik kehadiran pelancong India terutamanya dari selatan negara itu.

Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan di negara ini pada tahun lalu membuatkan setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.

Finas, JTK bekerjasama turun padang pantau pematuhan syarat penerbitan filem, drama
Finas akan bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja bagi memantau pematuhan kepada syarat-syarat penerbitan filem atau drama di negara ini.

Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa.

Finas anjur sesi tayangan dan apresiasi filem sempena FFM33
Program itu juga membantu mempromosikan dan meningkatkan publisiti FFM33 dalam kalangan penggiat industri tempatan dan antarabangsa.

FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.

Sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus penggiat seni carum KWSP - Fahmi
Sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 70,000 pekerja industri kreatif disasarkan mencarum dengan KWSP dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.