awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Firdaus sudah tampil, Taj bila lagi?

Hakim Rahman
Hakim Rahman
11/02/2018
12:00 MYT
Firdaus sudah tampil, Taj bila lagi?
Farid mendakwa dianiaya tiga rakan artis yang dipercayai memasukkan dadah dalam minumannya. -Gambar fail/Bernama
Salah seorang daripada dua artis yang dipanggil polis bagi membantu siasatan dakwaan kes penyalahgunaan dadah oleh Datuk Farid Kamil sudah tampil memberi keterangan awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata penyanyi yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli, 47 tahun, yang juga dikenali sebagai Os atau Firdaus tampil memberi keterangan di Balai Polis Sentral Johor Bahru pukul 5 pagi tadi,
"Polis sudah memanggil dan mengambil rakaman percakapan ke atas lelaki berkenaan di Balai Polis Sentral pagi tadi.
"Ujian air kencing ke atas lelaki berkenaan turut dijalankan, namun keputusannya belum diperoleh serta tiada penahanan dibuat," dia dipetik berkata oleh Utusan Online.
Pada 31 Januari lalu, Farid, 37 tahun, membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, dengan dakwaan dianiaya tiga rakan artis yang dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.
Susulan laporan itu, pelakon Sofi Jikan ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada pukul 11 malam, 8 Januari lalu selepas tampil memberi keterangan susulan laporan yang dibuat Farid.
Bagaimanapun, seorang lagi rakan artis yang dikenal pasti sebagai Ahmad Tajuddin atau Taj masih belum tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.
Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular dengan lagu "Belaian Jiwa" pada tahun 1990-an.
Cubaan Astro AWANI untuk menghubungi Taj melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp gagal.
Sumber rapat memaklumkan Taj masih berada dalam negara dan sedang sibuk menjalani penggambaran sejak awal tahun.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fairuz Ahmad Rosli
#Dadah
#Farid Kamil
#Innuendo
#Kuala Lumpur
#Shahurinain Jais
#siasatan
#Sofi Jikan
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan