PELAKON Datuk Fizz Fairuz bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang telah melemparkan fitnah dan mengaitkan dirinya dengan isu seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian, baru-baru ini.
Mengakui fitnah tersebut telah memberi impak yang buruk terhadap reputasi dirinya, Fizz atau nama Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40 tahun, menerusi laporan sebuah akhbar memberi tempoh selama seminggu kepada pihak berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sekiranya pihak tersebut masih berdegil dan gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil.
"Memandangkan saya masih ada pertimbangan, maka pihak berkenaan diberi ruang untuk membuat pertemuan dengan saya dan memohon maaf secara terbuka.
"Saya sedia bertemu sekiranya mereka mahu memohon maaf, namun jika sebaliknya biarlah undang-undang yang tentukan," katanya sebagaimana dilaporkan.
Terdahulu isteri Fizz, Datin Almy Nadia telah membuat kenyataan di Instagram miliknya menafikan penglibatan suaminya dalam kejadian tersebut apabila warganet di sebuah forum gosip menuduh dan mengaitkan individu bergelar Datuk Seri itu adalah suaminya.
“Mari kita tengok siapa menang game ni!!! Nak main-main kan dengan aku.. tunggu,” tulis Fizz pada posting di laman Instagramnya.
Rata-rata peminat dan pengikut Fizz turut menyatakan sokongan dan bersetuju dengan tindakan pelakon ini untuk menyaman mereka yang terlibat.
Agensi
Thu Apr 11 2019
"Memandangkan saya masih ada pertimbangan, maka pihak berkenaan diberi ruang untuk membuat pertemuan dengan saya dan memohon maaf secara terbuka.' - Foto Sinar Harian
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Fizz Fairuz, Almy Nadia timang anak perempuan kelima
Pelakon dan pengarah Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Almy Nadia selamat melahirkan anak mereka pada Rabu.
Almy Nadia hamil luar rahim, perlu jalani pembedahan buang ketumbuhan cyst
Menurut Fizz, ketumbuhan cyst di dalam badan isterinya itu perlu dibuang segera kerana dikhuatiri akan pecah.
Almy Nadia selamat bersalin anak perempuan keempat
Selepas suaminya berkongsi khabar gembira tersebut, Almy juga memberitahu anak keempatnya ini dilahirkan seminggu lebih awal daripada jangkaan.
Cukup sedih! Nak masuk rumah, mangsa banjir terpaksa korek tanah dulu - Fizz Fairuz
Melihat kemusnahan dan penderitaan mangsa banjir dengan mata sendiri nyata cukup menyentap naluri pelakon, Datuk Fizz Fairuz.
"Maafkan mama wahai anakku Mohammad..." - Almy Nadia redha anak dikandung meninggal dunia
Al- Fatihah...
'Alhamdulillah, Allah panjangkan usia perkahwinan kami' - Almy Nadia
Kejap je dah lima tahun kan?
"Mak Cik Puaka orang industri!" - Fizz Fairuz tunggu permohonan maaf
Pelakon Datuk Fizz Fairuz mendedahkan telah mengenalpasti 70 peratus daripada identiti sebenar di sebalik pemilik Instagram @makcikpuaka.
Fitnah ditangkap khalwat: Fizz Fairuz bakal saman
Pelkon Datuk Fizz Fairuz bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang telah melemparkan fitnah dan mengaitkan dirinya dengan isu seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap khalwat.
Hamil anak ketiga, tetap kerja bantu suami - Almy Nadia
Pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mempertikaikan kerja yang sering dilakukan olehnya.
Ditegur makin gemuk dan besar, ini jawapan paling 'win' Almy Nadia
Pelakon Datin Almy Nadia kesal apabila ada pihak yang mempertikaikan fizikalnya kerana didakwa semakin gemuk ketika sedang hamil anak ketiga.