awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Foto Lady Gaga sebagai Harley Quinn buat peminat tak senang duduk!

Agensi
Agensi
26/03/2023
09:54 MYT
Foto Lady Gaga sebagai Harley Quinn buat peminat tak senang duduk!
Gaga dilihat berada di khalayak ramai, diiringi beberapa polis Gotham serta memakai baju bercorak berlian hitam putih serta menyarung skirt hitam. - Warner Bros. Pictures
LOS ANGELES: Foto penyanyi terkenal Lady Gaga membawa watak sebagai Harley Quinn dalam filem sekuel Joker: Folie à Deux kini beredar di media sosial.
Kali ini, penyanyi berusia 37 tahun itu dilihat mengenakan pakaian ‘unik’ yang dilaporkan menjadi kekasih Joker dalam filem berkenaan.
Berdasarkan foto yang beredar, Lady Gaga dilihat menjalani penggambaran di Mahkamah Agung New York di Manhattan, Amerika Syarikat.
Gaga dilihat berada di khalayak ramai, diiringi beberapa polis Gotham serta memakai baju bercorak berlian hitam putih serta menyarung skirt hitam.
Dalam pada itu, orang ramai dilihat membawa beberapa sepanduk, salah satunya bertulis "Free Joker" dan "Marry Me Joker" serta mengenakan rambut palsu dan topeng badut seperti Joker.
Foto yang tersebar luas itu membuatkan ramai peminat Lady Gaga tidak sabar menanti kemunculan idola kesayangan mereka muncul dalam filem sekuel Joker.
"Saya perlu hidup sehingga 2024 untuk melihat Lady Gaga sebagai Harley Quinn dianggap sebuah cabaran tetapi saya bersedia," tulis seorang netizen.
"Lady Gaga dengan pakaian Harley Quinn? Saya akan pengsan," kata seorang lagi netizen.
Terdahulu, pengarah Todd Phillips juga sempat berkongsi gambar pertama Lady Gaga sebagai Harley Quinn.
Beliau turut memuat naik foto tepat pada Hari Valentine pada 14 Februari lalu yang menunjukkan Harley Quinn (Lady Gaga) sedang mendakap wajah Joker (Joaquin Phoenix).
Sebelum ini, Lady Gaga mengesahkan membintangi sekuel Joker. mengesahkan peranan baharunya sebagai Harley Quinn pada Ogos 2022 dan juga memuatnaik treler untuk filem Joker terbaharu di Twitter.
Selain Joaquin Phoenix dan Lady Gaga yang membawa watak utama dalam Joker: Folie à Deux, filem ini juga menampilkan persembahan Catherine Keener, Brendan Gleeson dan Zazie Beetz.
Joker: Folie à Deux dijadualkan ditayang pada 9 Oktober 2024, lima tahun selepas filem pertama ditayangkan.
Topic Berkaitan
#Lady Gaga
#Twitter
#New York
#Harley Quinn
#Joker Folie Deux
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan