RANCANGAN realiti teleyisyen membuka ruang buat sesiapa sahaja untuk menunjukkan bakat terpendam sekali gus memberikan platform untuk mengapai impian yang mungkin menjadi nyata.
Bagi gadis dari Indonesia, Putri Ariani, 17 tahun, impiannya mungkin tercapai selepas memberikan persembahan memukau dalam America`s Got Talent malah mendapat Golden Buzzer yang jarang diberikan, terutama daripada Simon Cowell.
Ketika memperkenalkan diri kepada para juri, Putri menjelaskan impiannya untuk melanjutkan pengajian di sekolah musik terkemuka di Amerika Syarikat, Juiliard dan menambah: "Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."
Putri memulakan persembahannya dengan piano dan menyanyikan lagu ciptaan sendiri yang memukau penonton dan juga para juri, dan seterusnya Simon naik ke pentas dan memintanya mempersembahkan sebuah lagu lagi.
"Saya beritahu Putri, saya suka sangat suaranya, saya mahu dia menyanyikan lagu kedua," jelas Simon.
"Lagu ini untuk anda," kata Putri sebelum mendedikasikan lagu Elton John yang turut dipopularkan oleh kumpulan Blue, Sorry Seems to be the Hardest Word kepada Simon.
Persembahan tersebut cukup memukau sehingga membuatkan para penonton memberikan standing ovation selepas selesai menyampaikannya dengan cara tersendiri.
“Saya fikir kita semua merasainya, anda berusia 17 tahun, boleh menulis lagu dan mempunyai suara yang sangat tersendiri. Ia sangat bagus dan ada sesuatu mengenai anda," kata Simon sebelum menekan Golden Buzzer.
Putri kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim 18. Dia akan bersaing dengan peserta lain daripada pelbagai latar belakang untuk merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kongtrak persembahan di Las Vegas.
Nama Putri Ariani mungkin hanya dikenali selepas videonya tular tetapi gadis kelahiran Riau ini mula dikenali di negara kelahirannya selepas dia menang Indonesia's Got Talent pada 2014, ketika usianya lapan tahun.
"Salah satu cabaran saya adalah orang melihat saya sebagai orang buta dan bukan sebagai penyanyi, tetapi bila saya menyanyi saya rasa seperti seorang legenda," katanya.
Dia mula menyanyi ketika berusia dua tahun, meniru bunyi yang didengarinya. Ibu bapanya menyokong bakatnya dan mendaftarkannya di sekolah muzik.
Selepas kemenangannya di Indonesia Got Talent, Putri terus mengeluarkan album studio dan pelbagai single. Salah satu kemuncak kerjaya mudanya setakat ini ialah beraksi pada majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.
Hakim Rahman
Wed Jun 07 2023
Putri kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim 18. - YouTube America's Got Talent
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
AGT2023: Putri Ariani memukau berjaya mara ke pusingan akhir
Lontaran suara gadis berusia 17 tahun itu memukau penonton yang hadir menerusi lagu "I Still Haven't Found What I'm Looking For".
America's Got Talent: Putri Ariani jumpa Jokowi, bawa Golden Buzzer
Peserta America's Got Talent (AGT) dari Yogyakarta, Putri Ariani menerima jemputan Presiden Indonesia, Joko "Jokowi" Widodo untuk bertemu dengannya di Istana Presiden, pada Rabu.
Gadis buta ini peroleh 'Golden Buzzer', tawan hati juri America's Got Talent
"Impian saya ingin menjadi seorang diva seperti Whitney Houston dan memenangi anugerah Grammy."