awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Gambar saya pun kena kutuk' - Amitabh Bachchan mengaku pernah jadi mangsa buli siber

Gempak
Gempak
11/08/2022
03:50 MYT
'Gambar saya pun kena kutuk' - Amitabh Bachchan mengaku pernah jadi mangsa buli siber
Demi menjaga mentalnya, Amitabh Bachchan berkata akan sangat berhati-hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya. -Gambar fail/Instagram
DUNIA media sosial dipenuhi dengan masyarakat toksik. Jika tidak masakan banyak pengguna atau warganet terutama dalam kalangan pesohor dan orang terkenal mengambil keputusan bunuh diri selepas teruk dibuli di alam maya.
Rupa-rupanya, pesohor seperti Amitabh Bachchan pun tidak terlepas mengalami nasib sama, dibuli di alam maya.
Demi menjaga mentalnya, karyawan seni Bollywood ini berkata akan sangat berhati-hati menulis atau mahu mengemas kini platform media sosialnya.
Pengakuan tersebut dibuat sewaktu beliau mengacarakan program kuiz popularnya, Kaun Banega Crorepati (KBC).
“Saya pertama kali ‘main’ media sosial melalui dunia blog. Saya menulis di blog sendiri tanpa memikirkan akan ada komen atau kata kata jahat yang ditinggalkan.
“Bukan sahaja komen terhadap penulisan, tetapi kadang ia terjadi apabila saya hanya memuat naik gambar.
"Ada komen berbunyi ‘anda fikir anda siapa’ dan banyak lagi komen yang tidak boleh saya bayangkan hanya pada sekeping gambar,” dedahnya seperti dilaporkan Hindustantimes.
Amitabh yang sudah berkecimpung selama 50 tahun dalam industri hiburan dan glamor ini juga mengatakan tidak dapat mencerna dengan otak yang waras apabila mendapat banyak komen jahat dan bersifat buli.
“Saya tidak tahu hanya dengan menulis atau memuat naik sekeping gambar pun dikutuk dan boleh dibuli di media sosial.
“Jadi saya belajar untuk lebih berhati-hati dengan setiap perkongsian, tidak kira ia penulisan ataupun hanya sekeping gambar,” akuinya.
Selain Twitter, pesohor berusia 79 tahun ini juga memiliki akaun Instagram. Akaun tersebut digunakan untuk mempromosi karier dengan mempunyai lebih 30 juta pengikut. -Gempak
Topic Berkaitan
#Amitabh Bachchan
#buli siber
#Bollywood
#mangsa buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan