PELAKON Amir Ahnaf kini muncul dengan naskhah terbaharu berjudul Gamers Mangkuk.
Menariknya lagi, siri premium e-sukan Astro Originals, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games ini adalah mengenai e-sukan.
Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad yang juga merangkap Penerbit Eksekutif Gamers Mangkuk, siri ini merupakan drama premium tempatan pertama yang mengetengahkan tema e-sukan sebagai latar penceritaan.
“Ini secara tidak langsung menunjukkan tanda sokongan kami kepada pertumbuhan industri e-sukan.
“Bukan sekadar menampilkan jalan cerita dengan elemen kompetitif semata-mata, tetapi memberi fokus kepada cabaran dalam mengejar impian serta konflik sosial yang wujud dalam masyarakat.
“Gamers Mangkuk boleh dinikmati oleh semua lapisan penonton, tidak kira peminat e-sukan mahupun tidak.
“Kami harap drama premium ini dapat memberi niai hiburan berbeza dan inspirasi kepada penonton, serta memberi persepsi yang lebih meluas terhadap potensi besar e-sukan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Gamers Mangkuk, Hyrul Anuar berkata, Gamers Mangkuk memfokuskan generasi Z namun cuba meletakkan elemen dan nilai hiburan yang dekat dengan penonton.
“Saya juga cuba tampilkan penceritaan dalam konsep komik dan antara cabaran utama menghasilkan naskhah ini adalah sudut teknikal agar visual permainan video yang dipersembahkan tampak sebenar dan kemas.
“Harapan saya agar Gamers Mangkuk dapat diterima dan menghiburkan penonton Malaysia menerusi penceritaan yang disampaikan,” ujarnya.
Gamers Mangkuk ditaja oleh MOONTON Games, Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League.
Gamers Mangkuk bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat, jam 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410).
Anda juga boleh menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis: Siri sebanyak lapan episod ini mengisahkan tentang Tam, Napi, Lee, Maya dan Theeban, lima pemain e-sukan yang berpadu keringat di dalam satu pertarungan e-sukan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk dinobatkan sebagai pelapis kepada pemain e-sukan profesional negara, menerusi Mobile Legends: Bang Bang Professional League.
Siri premium e-sukan ini juga menggambarkan hubungan persahabatan pemain-pemain e-sukan yang meningkat naik dan pengorbanan yang harus dilakukan bagi mencapai tujuan utama di dalam pertarungan besar.
Selaras dengan slogan ‘Life Is A Game, Play It’, kelima-lima sabahat itu bertungkus- lumus mempersiapkan diri untuk mengharungi cabaran dan akhirnya membawa kepada kepuasan yang dicari sebagai pemain e-sukan. -Gempak
Gempak
Sun Nov 19 2023
Gamers Mangkuk bakal ditayangkan pada 1 Disember, setiap Jumaat, jam 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410). -Gempak
Pantau Agenda Reformasi: Perkembangan tanah runtuh Taman Melawati
Hujan lebat mungkin melambatkan pembersihan tanah runtuh Taman Melawati
Firdaus Azil memberikan perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Taman Melawati sehingga jam 5 petang.
Firdaus Azil memberikan perkembangan terkini kejadian tanah runtuh di Taman Melawati sehingga jam 5 petang.
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
Bekas eksekutif syarikat petroleum dan gas direman terima rasuah RM370,000
Seorang bekas eksekutif kanan sebuah syarikat petroleum dan gas ditahan reman SPRM di ibu negara, pada Selasa selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah dianggarkan RM370,000.
Menteri KDN sahkan pengikut GISB masih amal Aurad Muhammadiah
Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan di Dewan Rakyat pada Selasa bahawa ahli dan pengikut GISB masih lagi mengamalkan mengamalkan kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam.
Angka korban di Gaza meningkat kepada 42,344 orang
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 meningkat kepada 42,344 orang manakala 99,013 individu dilaporkan cedera.
Thailand lanjutkan pengecualian Borang TM.6, mudahkan prosedur perjalanan
Borang TM.6 digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pelawat asing bagi tujuan pemeriksaan serta pemantauan keselamatan negara.
Terowong SMART kembali beroperasi selepas penutupan akibat hujan lebat
Beberapa jalan di Kuala Lumpur dinaiki air susulan hujan lebat berterusan yang bermula sejak kira-kira 9 pagi tadi.
[KOLUMNIS] Menelusuri sejarah Jambatan Persahabatan Malaysia–Korea Selatan
MALAYSIA dan Korea Selatan telah menjalin hubungan diplomatik mulai 23 Februari 1960.
Sistem pengaliran tersumbat punca tanah runtuh di Melawati
Kejadian tanah runtuh di Taman Melawati pagi Selasa dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, yang tersumbat.
Tren alternatif diaktifkan susulan air bertakung - Rapid KL
Perkhidmatan tren alternatif diaktifkan berikutan daripada air bertakung di landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju.
Gamers Mangkuk: Amir Ahnaf kembali selepas 'Projek: High Council', kini jadi pemain e-games
Menariknya lagi, siri premium e-sukan Astro Originals, terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games ini adalah mengenai e-sukan.