Vokalis kumpulan Ukays, Amir terpaksa menamatkan persaingannya dalam pertandingan realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) pada minggu kelima yang bertemakan ‘Hit Vaganza’.
Bagaimanapun Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusuf merasakan tidak berbaloi tersingkir pada malam tadi (Ahad) kerana lagu ‘Yank’.
“Tidak berbaloi rasanya tersingkir pada minggu ini, kerana lagu ‘Yank’ bukan sebuah lagu yang mencabar vokal saya.
“Tapi, mungkin sudah tertulis rezeki saya terhenti pada malam ini dan saya menerimanya dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Amir turut menegaskan penyingkirannya tidak ada kaitan dengan kes polis baru-baru ini.
“Saya disingkirkan kerana kekurangan dalam persembahan saya, tiada kaitan dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini,” tegasnya.
Penyingkiran Amir telah diumumkan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse di segmen ‘Ada Lagu, Ada Lagi’.
Program realiti ini menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri profesional manakala Datuk Jamal Abdillah sebagai juri jemputan pada konsert minggu kelima ini.
Tinggal lagi lapan penyanyi popular tanah air iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya akan berentap pada minggu keenam GV2 bertemakan Kenangan Terindah pada minggu hadapan.
Kenangan Terindah bakal menyaksikan para peserta GV2 menyanyikan lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh insan seni yang telah meninggal dunia.
Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123)pada setiap hari Ahad pukul 9 malam.
Gempak
Mon Nov 16 2015
Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad Yusuf merasakan tidak berbaloi tersingkir pada malam tadi (Ahad) kerana lagu Yank. -
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
PRU14: Konvoi motor seru anak muda turun mengundi
Wakil pelajar UIAM anjur Konvoi Motor seru anak muda turun mengundi pada 9 Mei nanti.
'Jual air jagung suka-suka, tak sangka terjual 500 peket sehari'- Amir Raja Lawak
Pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak tidak menyangka perniagaan Air Jagung Amirreka yang diusahakan olehnya mendapat sambutan.
Markah penuh 5 bintang AF Megastar yang berjaya melangkah ke final!
Selepas beradu vokal dalam Konsert Homecoming dan berentap selama lima minggu di pentas AF Megastar, akhirnya hanya lima bintang yang bakal melangkah ke pusingan akhir minggu hadapan.
AF Megastar: Muktamad! hanya 12 bintang layak teruskan perjuangan
Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.
Amir bergelar Juara Akademi Fantasia 2016
Pelajar dari Selangor, Amir Syazwan Masdi, 20 tahun muncul sebagai juara Akademi Fantasia 2016 di Konsert Akhir AF2016.
Amir Raja Lawak tidak 'stroke', sihat di Gombak
Gempar seketika apabila Amir Raja Lawak dikatakan terlantar di sebuah hospital di Singapura akibat 'stroke'.
Gegar Vaganza 2: Amir Ukays rasa tak berbaloi tersingkir
Vokalis kumpulan Ukays, Amir terpaksa menamatkan persaingannya dalam pertandingan realiti Gegar Vaganza 2 (GV2) pada minggu kelima yang bertemakan 'Hit Vaganza'.
Amir Ukays dibebaskan, akui pistol mainan untuk tembak cicak
Bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44 yang ditahan awal pagi Rabu kerana dipercayai memiliki senjata api dibebaskan dengan jaminan polis, pada jam 5 petang.