Konsert minggu keempat Gegar Vaganza pada Ahad menyaksikan persembahan Siti Nordiana mendapat perhatian netizen.

Antara peserta paling konsisten setakat ini, persembahan Siti Nordiana yang mesra disapa Nana semalam, mendendangkan lagu Memori Berkasih, membangkitkan rasa rindu penonton kepada pasangan duet asal Nana, Achik dari kumpulan Spin.

Ramai yang meluahkan rasa sayu melihat duet Nana bersama Lan dari kumpulan Kristal. Biarpun Lan melaksanakan tugasnya dengan baik, namun persembahan berkenaan menyedarkan ramai bahawa Achik adalah pasangan duet paling serasi buat Nana.









Achik meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2010.

Selain Nana, turut mendapat pujian netizen adalah Faradhiya, Acong dan Haiza.

Minggu ini menyaksikan Sheeda meninggalkan pentas Gegar Vaganza.