Skip to main content

Malaysia

Dua pelajar maut dalam nahas tiga kenderaan di Temerloh

https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/790698
Muhammad Nazim Dzafran Mohd Faizul dan pembonceng, Muhammad Hafizuddin Abdullah, masing-masing berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto Sinar Harian
Advertisement

KUANTAN: Dua pelajar sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 119 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Nasyim Bahron berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan penunggang motosikal Muhammad Nazim Dzafran Mohd, dan pembonceng Muhammad Hafizuddin Abdullah, yang masing-masing berumur 17 tahun itu pada 8.20 malam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari bandar Temerloh menuju ke Chenor, Maran. 

“Apabila sampai di lokasi kejadian motosikal berkenaan dipercayai cuba memotong sebuah kereta tetapi terlanggar bahagian belakang sebelah kanan, dan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, kedua-dua pelajar terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk bedah siasat. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement