GENRE pop menakluki Grammy Awards ke-58 dengan kemenangan Taylor Swift dalam kategori Album of the Year melalui albumnya '1989' dan lagu siulan ramai Uptown Funk yang menampilkan Mark Roston dan Bruno Mars menggondol anugerah Record of the Year.
Lagu bernada soul Thinking Out Loud dendangan Ed Sheeran meraih anugerah Song of the Year manakala Meghan Trainor yang popular dengan lagu All About That Bass memenangi kategori Artis Baru Terbaik.
Pemenang terbesar bagaimanapun menjadi milik bintang hip hop, Kendrick Lamar, yang menyapu bersih empat kategori genre rap (Persembahan Rap Terbaik, Kolaborasi Rap/Nyanyian Terbaik, Lagu Rap Terbaik & Album Rap Terbaik) dan turut memenangi anugerah Muzik Video Terbaik melalui lagu Bad Blood bersama Taylor Swift.
Persembahan mengenang legenda muzik
Majlis Grammy tahun ini menyaksikan majoriti persembahan dilakukan untuk mengenang sumbangan bintang muzik.
Beberapa penyanyi seperti John Legend dan Demi Lovato muncul menyanyikan beberapa lagu Lionel Richie yang turut menyertai persembahan tersebut. Richie dikenang memandangkan lagu Hello nyanyian Adele hujung tahun lalu kembali menjulang lagu Richie dengan tajuk yang sama.
Lady Gaga menampilkan persembahan luar biasa dengan mengenakan busana dan rambut palsu jingga mirip David Bowie sambil menyanyikan Space Oddity dan Fame.
Kumpulan The Hollywood Vampires yang dianggotai oleh aktor terkenal Johnny Depp, Alice Cooper, dan Joe Perry pula membuat kemunculan pertama di kaca televisyen untuk mengenang pemergian vokalis utama Motörhead, Lemmy.
Tidak ketinggalan Chris Stapleton, Bonnie Raitt dan Gary Clark Jr menggabungkan alunan gitar sebagai mengingati lagenda blues Amerika, B.B. King yang meninggal dunia Mei tahun lalu.
Berikut merupakan senarai pemenang Grammy tahun ini:
Record of the Year
Uptown Funk - Mark Roston ft Bruno Mars
Album of the Year
1989 - Taylor Swift
Song of the Year
Thinking Out Loud - Ed Sheeran
Artis Baru Terbaik
Meghan Trainor
Persembahan Pop Solo Terbaik
Thinking Out Loud - Ed Sheeran
Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik
Uptown Funk - Mark Roston ft Bruno Mars
Album Pop Vokal Terbaik
1989 - Taylor Swift
Lagu Rock Terbaik
Don’t Wanna Fight - Alabama Shakes
Album Rock Terbaik
Drone - Muse
Lagu R&B Terbaik
Really Love - D’Angelo & Kendra Foster
Album R&B Terbaik
Black Messiah - D’Angelo and the Vanguard
Lagu Rap Terbaik
Alright - Kendrick Lamar
Album Rap Terbaik
To Pimp A Butterfly - Kendrick Lamar
Untuk senarai penuh, lawati laman rasmi Grammy.
Nizam Bakeri
Tue Feb 16 2016
Taylor Swift mencatat rekod sebagai penyanyi wanita pertama yang menggondol anugerah Album of the Year buat kali kedua - Foto AFP
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Genre pop kuasai Grammy, Kendrick Lamar rangkul lima trofi
Ed Sheeran, Taylor Swift, Bruno Mars, dan Kendrick Lamar merupakan antara beberapa bintang yang meraih kemenangan dalam Grammy Awards 2016.
Grammy pilih Lady Gaga buat persembahan kenang David Bowie
Gaga bakal menyampaikan gabungan tiga hingga empat buah lagu dalam satu segmen khas mengenang David Bowie dalam majlis anugerah tersebut.