NEW YORK: Sebuah gitar akustik yang sudah lama hilang milik anggota kumpulan The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City pada Mei ini, lapor News York Post.
Gitar itu dijangka berharga lebih AS$600,000 hingga AS$800,000 (RM2.86 juta hingga RM3.81 juta) telah dijumpai di loteng dalam sebuah rumah di Britain.
Pengasas Julien's Auction yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berkata mereka pergi ke Britain untuk mengesahkan gitar itu serta menemui kotak asal buatan Maton Australia dalam tong sampah.
Kali terakhir gitar itu dilihat dimiliki pemuzik Britain, Gordon Walker, anggota kumpulan duo pop pada tahun 1960-an dikenali sebagai Peter and Gordon.
Gitar itu akan dilelong pada 29 Mei depan di Hard Rock Cafe di New York dan laman web syarikat pelelong itu. - Agensi, Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 27 2024
Gitar milik John Lennon bakal dilelong sehingga RM3.81 juta di New York, AS. - Foto Agensi
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
Gitar John Lennon dilelong RM3.81 juta
Sebuah gitar akustik yang lama hilang milik anggota The Beatles, John Lennon ditemui semula dan akan dipamerkan serta dilelong di New York City.