awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian

Sinar Harian
Sinar Harian
31/05/2024
10:15 MYT
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Slogan 'All eyes on Rafah' juga popular di media sosial lain, dengan hampir satu juta hit di platform X. - Gambar/ Agensi
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali menerusi akaun Instagram sejak Isnin selepas serangan maut di kem didiami penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di bandar Gaza.

Ringkasan AI
  • Imej AI 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali di Instagram selepas serangan maut di kem Palestin di Gaza.
  • Selebriti seperti Pedro Pascal, Bella dan Gigi Hadid, serta Ousmane Dembele turut berkongsi imej itu di Instagram.
  • Slogan 'All eyes on Rafah' juga popular di media sosial lain, dengan hampir satu juta hit di platform X (dahulu Twitter).

Imej itu menggambarkan deretan khemah yang terbentang di padang pasir dan dibayangi pergunungan, merujuk kepada ratusan ribu rakyat Palestin melarikan diri dari kempen ketenteraan Israel menentang Hamas, lapor AFP.
Pelakon Chile-Amerika Syarikat, Pedro Pascal; model terkenal, Bella dan Gigi Hadid yang berkerturunan Palestin serta bintang bola sepak Perancis, Ousmane Dembele antara selebriti yang berkongsi imej itu di akaun Instagram masing-masing.
Menurut pemantau dalam talian, slogan 'All eyes on Rafah' juga telah dikongsi secara meluas di rangkaian media sosial lain terutama di platform X di mana setiap tanda pagar #alleyeonrafah telah menarik hampir satu juta hit.
Platform X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter menyaksikan 27.5 juta mesej yang diterbitkan dalam tempoh tiga hari serangan di bandar terletak di selatan Gaza bersempadanan dengan Mesir.
Kementerian Kesihatan Gaza dikendalikan Hamas berkata, serangan Israel ke atas kem itu sehingga mencetuskan kebakaran pada hari Ahad membunuh 45 orang dan mencederakan 249 yang lain.
Perang Gaza paling maut dicetuskan oleh serangan Hamas pada 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel selatan yang mengakibatkan jumlah korban meningkat kepada 36, 224 orang. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#All Eyes On Rafah
#kekejaman israel
#selebriti antarabangsa
#pelakon terkenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan